Secara kasar, dia kelihatan sungguh baik budi pekerti sehingga tidak nampak sebarang keburukan yg dilakukan. Namun begitu, di sebalik kebaikan budi pekerti itu, terselindung sifat buruk di dalam dirinya. Ini merupakan ciri-ciri seorang yang munafik.
Munafik adalah orang yang menunjukkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan diri. Tindakan bijak ini mampu disembunyikan daripada mata manusia tetapi tidak di mata Allah. Apakah ciri2 orang Islam yang munafik?
1. Melakukan Kebinasaan
Perkara yang haram dihalalkan dengan alasan untuk kebaikan masyarakat. Itu antara motif biasa manusia zaman sekarang. Buumi ditarah ibarat manusia tiada lagi perikemanusiaan semata-mata mengejar kesenangan dunia. Riba berleluasa kerana tamakkan harta yg hanya pinjaman dari Allah
2. Menuduh Orang Lain
Kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki seseorang merupakan salah satu ujian Allah yg perlu lulus sebaiknya. Dek kerana nafsu, kedua-dua ini boleh dilangkui batas. Sebab ini terjadinya kepentingan diri sendiri, tidak mahu mengikut ajaran Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya percaya pada logik akal sedangkan ilmu yang diperoleh sebenarnya datang dari Yang Maha Esa.
3. Malas Beribadah
Solat hanya mengambil masa 5 minit sahaja manakala puasa hanya sebulan dalam setahun. Itu pun menjadi kesusahan kepada umat Islam yang malas menunaikan ibadah dengan alasan tidak cukup masa melakukan pekerjaan di dunia. Hartanya juga dilaburkan ke jalan yang tidak elok daripada bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
4. Pertikaian Hukum Allah
Golongan munafik berlagak seperti orang Islam, tetapi berdolak-dalih melakukan hukum Allah dan ajaran Rasul. Mereka tahu apa yang diwajibkan tetapi tidak memenuhi tuntuan Islam itu sendiri. Ketika senang mereka langsung lupa pada Yang Maha Pencipta tetapi mereka seolah-olah menyesal apabila kesusahan.
5. Mengejar Habuan Dunia
Sebelum melaksanakan tugas, orang2 munafik akan bertanya apakah akan ada balasannya? Sama ada dari segi wang ringgit atau kebendaan yang lain. Hilang rasa ikhlas kerana berfikir pengorbanan harta benda dan tenaganya tidak berbaloi. Pelbagai alasan diberikan jika ia hanya membawa keuntungan ke akhirat.
6. Menghina Kebenaran
Kadang2, kebenaran itu terpampang di depan mata tetapi orang yg munafik tidak mengakuinya. Pelbagai alasan diberikan supaya tidak mahu menerimanya. Mereka lebih suka mengikut kata hati dan membuat hukum sendiri sesuai dengan kehendak nafsu kejahatan. Jauhkan diri anda daripada golongan ini!
artikel Dara.com
"Dosa tak macam duit"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.