Sukan, sukan, aku nie nak bersukan tapi malas.. Hahaha, kali aku share tentang sukan extreme. Generasi alaf baru sekarang dilanda kegilaan dan mania sukan extreme yg agresif lagi mencabar tahap fizikal dan mental. Meh kita selongkar pulak extreme sport atau X-Games ini!!!
X-GAMES... APA TU ERK?
- buat korang semua yg tak tahu @ baru nak tahu, Extreme Games atau X-Games ni adalah satu term yang santai dan general unuk menggambarkan jenis-jenis sukan, aktiviti, kegiatan atau apa2 saja benda yg boleh menyebabkan adrenalin atau jantung korang berdegup tak tentu arah. Kombinasi kelajuan, ketinggian, bahaya dan stunt-stunt diluar kawalan adalah faktor utama X-Games ni. Tapi yg paling penting sekali mestilah: berani dan fit mental dan fizikal! Beberapa sukan atau aktiviti X-Games yang cun dan best ialah:
BMX
- BMX ni adalah singkatan 'bicycle motocross' yg datangnya dari tanah besar Amerika Syarikat sana. Pada mulanya, sebab ramai yang minat motocross tapi takde duit nak beli motor, diorang pun innovate sendiri stunt-stunt motocross tadi dengan basikal biasa. So, terwujudnyalah sukan BMX.
SNOW BOARDING
- asal usul paling ketara sukan X-Games ni adalah pengaruh dari surfing. Mulanya ia dipanggil 'sidewalk surfing' sebab ia dimainkan ditepi-tepi jalan. Sapa-sapa yang kaki skateboard ni dipanggil skater tapi memang lain giler dari ice skating atau roller boarding. Mempunyai pengikut yg giler ramai dari segenap pelusuk dunia.
SKY DRIVING
- zaman dulu, hanya askar-askar dan perajurit tentera ajer yg boleh berlagak pakai parachute. Tapi zaman dah berubah beb! Semua orang boleh asalkan ada training dan pengalaman yg mencukupi. Satu sukan rekreasi yg kadangkala competitive dan mencabar. Risikonya amatlah tinggi tapi tak merbahaya kalau kena caranya. Belanja untuk sukan ni adalah pada level yang mampu.
BUNGEE JUMPING
- Gayat? Sakit jantung? Darah tinggi? ... Lupakan aje sukan ni. Satu aktiviti 'tempah maut' dimana korang kena terjun dari tempat tinggi yg beratus meter seperti atas jambatan gantung, air terjun atau bangunan. First sekali 'direka-jumpa' oleh orang asli dari Kepulauan Vanuatu dan sekarang menjadi past time paling hilang akal dan mencabar kejantanan setiap orang yang nak try sukan extreme ni ....
be continues.....
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.