Inuyasha


Inuyasha atau Pahlawan Separa Setan, bukan apa aku nak kongsi jugak minat aku terhadap anime sampai penerbit sampailah ke alih suara. Haa, nie baru la namanya fanatik.
Korang kenal tak Inuyasha? Memang kurang feymes kat Malaysia tapi serata Asia & US, memang popular abis! Meh kita selongkar apa ada pada Inuyasha.

Maka Dikisahkan....

Citer mengisahkan Kagome, yang terjatuh dalam perigi yang membawanya ke zaman lampau. Kagome mengejutkan Inuyasha yang tidur selama 50 tahun lepas dipanah oleh Kikyou masa dia nak curi "Shikon No Tama". Nak jadi citer, Shikon No Tama tu muncul balik dari badan Kagome & pastu pecah tanpa disangka. Kendian, bermula pengembaraan Inuyasha & Kagome ntuk mencari serpihan permata tu jatuh ke tangan setan-setan jahat!
*Shikon No Tama = Permata yang boleh bagi kuasa setan kat orang*

---- Shonen Sunday #50, 1996. Kemunculan pertama Inuyasha ke dunia manga! 16 Okt 2000 : Inuyasha muncul pertama kali di kaca TV Jepun ----

Filem-filem Dulu..

1) Toki O Koeru Omoi / Affections Touching Across Time (15 Dis 2001)

2) Kagami No Naka Mugenjou / The Castle Beyond The Looking Glass (21 Dis 2002)

3) Tenka Hado No Ken / Swords Of A Honorable Ruler (20 Dis 2003)

4) Guren No Horaijima / Fire On The Mystic Island (23 Dis 2004)

TV Episodes-

Inuyasha = 167 episodes

Inuyasha: Final Act = 26 episodes

Previu:














Sesi Suai Kenal
- ntuk korang mula mengenali Inuyasha, meh kenal dengan watak utama citer nie...

---> Inuyasha 

- rupa seakan anjing & berdarah separuh setan (mak orang + bapak setan). 
- senjata : Pedang Tetsusaiga, cakaran kuku.
- alih suara : Kappei Yamaguchi (vr Japan) / Richard Ian Cox (vr English).

---> Kagome

- kelahiran semula Kikyou. Suka kat Inuyasha.
- senjata : Panah.
- alih suara : Satsuki Yukino (vr Japan) ntuk beginning & Kira Tozer ntuk Final Act (vr Japan)/ Moneca Stori (vr English).

---> Naraku / Onigumo

- musuh Inuyasha paling JAHAT! Kostum cam babun. Takder senjata.
- alih suara : Toshiyuki Morikawa (vr Japan) / Paul Dobson (vr English).

---> Sesshoumaru

- abang Inusyasha. Mahukan pedang Tetsusaiga.
- senjata : Pedang Tenseiga & Toukijin, Doukosou (cakar bunga beracun).
- alih suara : Ken Narita (vr Japan) / David Kaye (vr English) ntuk beginning & Micheal Daingerfield (vr English) ntuk Final Act.

---> Kikyou

- Rahib yang menidurkan Inuyasha dengan panahnya. Bekas kekasih Inuyasha.
- senjata : Panah

Siapa Lahirkan???

- Rumiko Takahashi. Dilahirkan pada 1957 di Niigata, Jepun. Masa belajar kat kolej, dia menuntut ilmu komik dari Kazuo Koike, artis manga yang terkenal masa tu. 1978, komik pertamanya, Urei Yatsura dilahirkan. 1987, dia kuar dengan Ranma 1/2, lagi satu komik feymes-nya. Sekarang ni, giliran Inuyasha pulak ntuk mengganas pada tahun tu je pon.. hahaha..
---- Inuyasha dihasilkan kerana Rumiko nak menghasilkan manga berorientasikan cerita & ideanya yang melibatkan sejarah----


Xtra Info
- Dalam tahun 1997 je, *tankouban Inuyasha dah terjual sebanyak 100 juta naskhah.
- Inuyasha ditayangkan kat siaran Cartoon Network Adult Swim (US) bermula 7 Julai 2002.
- Cerita nie bukan calang-calang dee, dapat anugerah lak tu.. Antaranya : Animage 25th, Grand Prix: nombor 3 ntuk anime paling popular... dan Tokyo International Anime Fair 2003: nombor 2 ntuk kategori anime TV. 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.