Minilyric



Korang nak karaoke,
kepada sapa-sapa yang suka lupa lirik boleh kenal apa itu lirik..
Cuma cari dan pilih aje, nak bagi gempak lagi karok guna microphone..
Tapi ingat mesti ada internet xpon wifi untuk cari lirik kalau dah dapat xdk internet pon xpe.
Software nie siap tolong autosave lagi, korang tak payah menyibuk diri nak cari.


 Ini daripada Desktop aku sendiri, sebelum nak orang guna. Biar aku guna dulu.


masuk ja blogger nie:
----> http://gieterror.blogspot.com/2011/01/mini-lyric-70-full-version-serial.html

Apabila Pencungkil Gigi Menjadi Seni


Pencungkil gigi ini sangat sinonim kat kedai makan, abis makan cari pencungkil gigi. Ala aku pon buat sekali la, lepas tu selit kat tepi nak tunjuk macho la sangat tapi aku bukan nak cerita pasal tu. Sebenarnya ianya hanyalah sebuah seni yang hebat dan tak mungkin aku da bakat cam dia nie..



Mr Stan Munroa dari Syracuse, New York bekerja di ToothPicks. Dan di bawah ini rekaan beliau yang luar biasa dengan hanya menggunakan pencungkil gigi sahaja. Begitu kreatif dan semua rekaannya adalah 100% menggunakan pencungkil gigi ini. Pada umur 38 tahun, Stan Munro mengambil masa 6 tahun untuk menyiapkan bandar pencungkil gigi ini. Beliau menggunakan 6,000,000 pencungkil gigi dan 170 liter gam dan menghabiskan masa 6 bulan untuk membuat sebuat bangunan dan masing-masing dibina untuk skala 1:164. Beliau bekerja di Muzium Sains dan Teknologi di Syracuse, New York (AS). Lihat karya-karya yang menabjukkan dan memerlukan kesabaran dalam membuatnya.

Masjidil Haram



Ini kurang pasti kat mana.. heee


Taj Mahal

 Sydney Opera House

Masjid Sultan Ahmed / Blue Mosque

 London Bridge




 Melancong Merata Dunia... hahaha

Petronas Twin Tower pon ada.. 



 Bikin Eiffel Tower


 Pelbagai pencakar langit dipamerkan.



Kapal pon boleh..

 Fantasi... Fuuuu


Camnie la, minat orang tak menentu sampai masa, tenaga dan duit dia guna sehingga dirinya puas apabila dapat kesemuanya.







Keagungan Pencipta


r e j a b
s y a a b a n
r a m a d a n

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan menghfirah (keampunan)
Syaaban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan muhibbah
Ramadan melimpahi pahala amalan
seperti hujan mencurah

Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala




CINTA MUSIM BUNGA



Pernah kukejar cintamu
Hingga ke hujung pelangi tak kujemu
Kuharap kan terlerai sebuah rindu
Berlari aku menyusur setiap musim berlalu
Namun bayangmu tetap tak kutemu

Cinta musim bunga
Takkan pernah kulupa
Setiap detik dan masa
Kenangannya terpahat di jiwa
Cinta musim bunga
Mekarnya tak kucipta
Luruhnya tak kupinta
Biar pedih melara
Tetap kau kupuja

Cinta musim bunga
Bagai menanti bulan jatuh ke riba
Cinta musim bunga
Bagai mencari bayang tanpa arca

By Kind Jk (blues selamanya)


Inuyasha


Inuyasha atau Pahlawan Separa Setan, bukan apa aku nak kongsi jugak minat aku terhadap anime sampai penerbit sampailah ke alih suara. Haa, nie baru la namanya fanatik.
Korang kenal tak Inuyasha? Memang kurang feymes kat Malaysia tapi serata Asia & US, memang popular abis! Meh kita selongkar apa ada pada Inuyasha.

Maka Dikisahkan....

Citer mengisahkan Kagome, yang terjatuh dalam perigi yang membawanya ke zaman lampau. Kagome mengejutkan Inuyasha yang tidur selama 50 tahun lepas dipanah oleh Kikyou masa dia nak curi "Shikon No Tama". Nak jadi citer, Shikon No Tama tu muncul balik dari badan Kagome & pastu pecah tanpa disangka. Kendian, bermula pengembaraan Inuyasha & Kagome ntuk mencari serpihan permata tu jatuh ke tangan setan-setan jahat!
*Shikon No Tama = Permata yang boleh bagi kuasa setan kat orang*

---- Shonen Sunday #50, 1996. Kemunculan pertama Inuyasha ke dunia manga! 16 Okt 2000 : Inuyasha muncul pertama kali di kaca TV Jepun ----

Filem-filem Dulu..

1) Toki O Koeru Omoi / Affections Touching Across Time (15 Dis 2001)

2) Kagami No Naka Mugenjou / The Castle Beyond The Looking Glass (21 Dis 2002)

3) Tenka Hado No Ken / Swords Of A Honorable Ruler (20 Dis 2003)

4) Guren No Horaijima / Fire On The Mystic Island (23 Dis 2004)

TV Episodes-

Inuyasha = 167 episodes

Inuyasha: Final Act = 26 episodes

Previu:














Sesi Suai Kenal
- ntuk korang mula mengenali Inuyasha, meh kenal dengan watak utama citer nie...

---> Inuyasha 

- rupa seakan anjing & berdarah separuh setan (mak orang + bapak setan). 
- senjata : Pedang Tetsusaiga, cakaran kuku.
- alih suara : Kappei Yamaguchi (vr Japan) / Richard Ian Cox (vr English).

---> Kagome

- kelahiran semula Kikyou. Suka kat Inuyasha.
- senjata : Panah.
- alih suara : Satsuki Yukino (vr Japan) ntuk beginning & Kira Tozer ntuk Final Act (vr Japan)/ Moneca Stori (vr English).

---> Naraku / Onigumo

- musuh Inuyasha paling JAHAT! Kostum cam babun. Takder senjata.
- alih suara : Toshiyuki Morikawa (vr Japan) / Paul Dobson (vr English).

---> Sesshoumaru

- abang Inusyasha. Mahukan pedang Tetsusaiga.
- senjata : Pedang Tenseiga & Toukijin, Doukosou (cakar bunga beracun).
- alih suara : Ken Narita (vr Japan) / David Kaye (vr English) ntuk beginning & Micheal Daingerfield (vr English) ntuk Final Act.

---> Kikyou

- Rahib yang menidurkan Inuyasha dengan panahnya. Bekas kekasih Inuyasha.
- senjata : Panah

Siapa Lahirkan???

- Rumiko Takahashi. Dilahirkan pada 1957 di Niigata, Jepun. Masa belajar kat kolej, dia menuntut ilmu komik dari Kazuo Koike, artis manga yang terkenal masa tu. 1978, komik pertamanya, Urei Yatsura dilahirkan. 1987, dia kuar dengan Ranma 1/2, lagi satu komik feymes-nya. Sekarang ni, giliran Inuyasha pulak ntuk mengganas pada tahun tu je pon.. hahaha..
---- Inuyasha dihasilkan kerana Rumiko nak menghasilkan manga berorientasikan cerita & ideanya yang melibatkan sejarah----


Xtra Info
- Dalam tahun 1997 je, *tankouban Inuyasha dah terjual sebanyak 100 juta naskhah.
- Inuyasha ditayangkan kat siaran Cartoon Network Adult Swim (US) bermula 7 Julai 2002.
- Cerita nie bukan calang-calang dee, dapat anugerah lak tu.. Antaranya : Animage 25th, Grand Prix: nombor 3 ntuk anime paling popular... dan Tokyo International Anime Fair 2003: nombor 2 ntuk kategori anime TV. 

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.