mesti 4 bulan kan.. aku dah agak dah.
malaslah aku nak borak panjang2.
dalam masa yang sama juga, aku baru mengenali apa itu kawan, sahabat, teman, kekasih dan duri dalam daging. aku jenis tak kisah apa orang nak kelaskan aku ni sombong, kedekut, berlagak, dan belambak lagi la orang fikirkan yang negatif.
aku berkawan tak kisah la orang berstatus bujang, tunang, berkhawin, janda/duda, kanak-kanak, orang tua takpun OKU. kalau orang baik dengan aku, baik lah aku nie. kalau sebaliknya, SORRY TO SAY . harap memahami .
dari tempat panas sampailah aku keja dalam air-conditioner , puas hati aku walaupon pada peringkat permulaan aku ini keja main-main dan kena pukulan maut dari Supervisor. tiba-tiba rajin terlebih, kalau di ingat kembali mmg kelakar lah.
kenangan manis aku tak boleh dilupakan , time makcik2 kilang buat kenduri aku sempena perpisahan aku lagi 2 minggu lagi, dalam hati dah sebak habis. aku memang tak lupa sampai ke mati. itu janji aku, insyaallah kalau dah berjaya nanti aku nak balas balik kebaikan makcik2 kilang itu.
cukup kowt, cerita aku bukan menarik mana pon, cuma memori 4 bulan aku di sana. kongsi-kongsi aja. yang tak mau baca pon aku tak kisah pon sebab aku ini bukan nak paksa-paksa orang nak baca cerita aku ni. hahaha aku pon macam korang jugak lah. k chow!!!
"Nyawa bukan urusan jual-beli"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.