Korang ada gigi macam gambar kat atas tu?
Putih kan... Cemburu r...
Tahu tak maklumat tentang gigi nie?
Satu persoalan berlegar-legar di kepala..
Kena la tahu juga, walaupun sedikit tapi bermakna untuk diri sendiri..
Tak payah hafal la cuma bagi ada pengetahuan sikit..
Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan.
·
Setiap daripada anda mempunyai dua set gigi iaitu
gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang dan tumbuh ketika
anda berusia antara 6 bulan hingga 13 tahun. Gigi susu bersifat sementara, ia
digunakan untuk mengunyah makanan lembut. Gigi susu akan digantikan dengan
gigi kekal.
Apabila anda dewasa dan memerlukan makanan yang lebih pejal dan anda memerlukan gigi yang lebih kuat. Gigi kekal yang lebih kukuh akan membantu anda menghancurkan makanan supaya mudah dihadamkan. Gigi kekal mengandungi 32 batang. Ia akan menggantikan barisan gigi susu secara berperingkat. |
|
Sekiranya
anda mempunyai masalah kerosakan gigi dan gigi anda patah atau tercabut
sebelum waktunya, gigi kekal akan tumbuh dengan tidak teratur yang akan
menyebabkan
beberapa masalah gigi. Antaranya:
a) Karies
gigi atau gigi berlubang.
b) Gigi yang tumbuh tidak teratur. c) Penyakit gusi atau mulut berbau. |
|
Karies
gigi terjadi apabila sisa makanan terlekat di celah gigi. Gula daripada
makanan yang anda ambil akan membentuk asid. Asid itu akan menyebabkan
permukaan gigi menjadi lembut dan mudah berlubang.
Jika keadaan gigi itu tidak dirawat segera, anda mungkin akan kehilangan gigi itu. Oleh itu anda perlu menjalani pemeriksaan gigi yang kerap. Ini untuk memastikan gigi anda berada dalam keadaan baik. Gigi akan kelihatan tidak teratur apabila gigi susu tercabut terlalu awal atau saiz rahang terlalu kecil untuk memuatkan gigi kekal. Gigi kekal yang tumbuh akan keluar bertindih. Ini menyebabkan sisa makanan mudah melekat di celah dan sukar dibersihkan. Selain gigi menjadi rosak, gusi akan kelihatan merah dan bengkak, ini menyebabkan mulut anda berbau. |
by Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir
Mitos
yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan
gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi
menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun
Penjagaan Gigi
- Memflos gigi sebelum memberus
- Berus gigi dua kali sehari
- Gunakan berus gigi yang betul
- Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
- Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung
- Berhenti merokok
- Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
- Tingkatkan pengambilan kalsium
- Amalkan pengambilan vitamin C dan D
- Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam
"Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah
amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari
dan Muslim daripada Aisyah)"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.