apa yang korang fikirkan
16 minggu ha?
mesti
4 bulan kan.. aku dah agak dah.
malaslah aku nak borak panjang2.
itu semua tentang masa praktikal aku yang perlu aku tempuhi sebelum tamat pengajian aku dalam diploma. macam-macam kenangan tak kira manis, masam, pahit, kelat dan banyak yang rasai walaupun hanya sekejap sahaja.
dalam masa yang sama juga, aku baru mengenali apa itu kawan, sahabat, teman, kekasih dan duri dalam daging. aku jenis tak kisah apa orang nak kelaskan aku ni sombong, kedekut, berlagak, dan belambak lagi la orang fikirkan yang negatif.
pengalaman aku kat sana kira
first time lah, keja kilang yang paling aku menyampah dahulu dah menjadi kenyataan sebagai tempat aku dilatih walaupun hati ini dah menyumpah habis. itu orang tua-tua kata
"Perkara yang kita selalunya tak suka akan kita dapat bila-bila sahaja".
aku berkawan tak kisah la orang berstatus bujang, tunang, berkhawin, janda/duda, kanak-kanak, orang tua takpun
OKU. kalau orang baik dengan aku, baik lah aku nie. kalau sebaliknya,
SORRY TO SAY . harap memahami .
alang-alang dah bertapa dekat
SP (
Sungai Petani), merantau lah ke rumah-rumah orang berkawan kat kilang , tunggu lagi . bukan apa kira aku ini tak mahu berkawan hanya di kilang tapi tahu juga sanak-saudara dia juga. dan satu lagi, aku tak suka orang anggap dekat kilang lain, luar lain. padahal aku ni sama ja kat mana pon.
dari tempat panas sampailah aku keja dalam air-conditioner , puas hati aku walaupon pada peringkat permulaan aku ini keja main-main dan kena pukulan maut dari Supervisor. tiba-tiba rajin terlebih, kalau di ingat kembali mmg kelakar lah.
kenangan manis aku tak boleh dilupakan ,
time makcik2 kilang buat kenduri aku sempena perpisahan aku lagi 2 minggu lagi, dalam hati dah sebak habis. aku memang tak lupa sampai ke mati. itu janji aku, insyaallah kalau dah berjaya nanti aku nak balas balik kebaikan makcik2 kilang itu.
cukup kowt, cerita aku bukan menarik mana pon, cuma memori 4 bulan aku di sana. kongsi-kongsi aja. yang tak mau baca pon aku tak kisah pon sebab aku ini bukan nak paksa-paksa orang nak baca cerita aku ni. hahaha aku pon macam korang jugak lah.
k chow!!!
"Nyawa bukan urusan jual-beli"