Berwaspada~

Maksud sebenar Coca-cola dan Nike. .


~jagalah agamamu~

Sedarkah kita sekarang?

Renung-renunglah dan ambil iktibar selepas melihatnya.


~masa jangan dibuang seperti sampah~

All Travel



sekian lama menunggu , dapat juga aku post . .
sibuk dengan aktiviti baru. .
tahu tak? aktiviti baru apa yang aku dapat?
ermmmm, mestilah bergambar dengan kamera nikon aku ni.
bersama sentiasa masa, tak kira di mana aku berada.
ops!! yang jijik aku tak bawa sekali k, nanti kotor.

dari utara sehingga ke selatan aku redah.
dari yang muda sampai warga emas aku kawan,
dari satu , dua dan seterusnya aku kira,
dari terbit fajar hingga terbitnya bulan aku tengok,
dari penuh sampai kosong aku taktau,
dari sejuk tiba-tiba panas aku rasa,
itulah rutin aku keluar, dasyat kan.

haaa, masuk tempat orang kenalah ikut cara hidup diorang,
terpaksalah, aku ni bukan suka ikut-ikut kehendak orang,
nak tak nak, huuu, whatever.

dalam seumur hidup aku, ini yang paling terbest dan terletih aku hadap hari-hari,
dua belas hari aku bermusafir,
tujuh negeri aku jelajah,
tak putus-putus aku keluar.

hati kecilku berkata "alah biasalah bukan selalu nak jadi macam ini pon",
akalku berfikir pula "kalau boleh tiap-tiap tahun aku nak macam ini",
nafsuku "ahhh best tapi kenalah orang belanja baru masyuk!!! hahaha"
eh, nak lagi... kena cari lagi lah duit. ingat FREE ka?




Bila hati sudah berputik



 
Menyingkap kembali nostalgia lama,
Perasaan, emosi dan pemikiran sering berulang,
Hidup yang kosong mula menyinari,
Adakah ini hanyalah permulaan sahaja?


Kasih bukan sebarangan dilelongkan,
Sayang bukan permainan yang dipermainkan,
Rindu bukan lakonan diluahkan,
Cinta bukan palsu ditontonkan.


Jiwa yang dahulunya sepi,
Sudah kedengaran bisingnya perasaan,
Hati yang dahulunya satu,
Sudah berpasangan seiring perantauan.


Angan-angan menjadi lontaran pada malam,
Bayangan menjadi ingatan terbitnya fajar,
Impian menjadi lumrah tibanya tengah hari,
Membukti kenyataan muculnya petang.


Keegoan, kebencian, kemarahan, kejahilan,
Kain yang buruk perlu disisihkan,
Kesucian, kehormatan, kejujuran, keikhlasan,
Yang putih itu perlu dicorakkan sebaik mungkin.


Tiada ungkapan berisi kemanisan,
Tiada tangkapan dirasai kepahitan,
Tiada dakapan yang kesejukan,
Tiada percakapan yang kepanasan,
Yang ada hanya adalah dua tapak tangan,
Meminta kepada yang Di atas,
Diperpanjangkan keikatan hambaMu yang lemah ini,
Sehingga hembusan terakhir...

"Tiada kata seindah bahasa"

Hati-hati dengan munafiqun...

Secara kasar, dia kelihatan sungguh baik budi pekerti sehingga tidak nampak sebarang keburukan yg dilakukan. Namun begitu, di sebalik kebaikan budi pekerti itu, terselindung sifat buruk di dalam dirinya. Ini merupakan ciri-ciri seorang yang munafik.

Munafik adalah orang yang menunjukkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan diri. Tindakan bijak ini mampu disembunyikan daripada mata manusia tetapi tidak di mata Allah. Apakah ciri2 orang Islam yang munafik?


1. Melakukan Kebinasaan
Perkara yang haram dihalalkan dengan alasan untuk kebaikan masyarakat. Itu antara motif biasa manusia zaman sekarang. Buumi ditarah ibarat manusia tiada lagi perikemanusiaan semata-mata mengejar kesenangan dunia. Riba berleluasa kerana tamakkan harta yg hanya pinjaman dari Allah


2. Menuduh Orang Lain
Kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki seseorang merupakan salah satu ujian Allah yg perlu lulus sebaiknya. Dek kerana nafsu, kedua-dua ini boleh dilangkui batas. Sebab ini terjadinya kepentingan diri sendiri, tidak mahu mengikut ajaran Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya percaya pada logik akal sedangkan ilmu yang diperoleh sebenarnya datang dari Yang Maha Esa.


3. Malas Beribadah
Solat hanya mengambil masa 5 minit sahaja manakala puasa hanya sebulan dalam setahun. Itu pun menjadi kesusahan kepada umat Islam yang malas menunaikan ibadah dengan alasan tidak cukup masa melakukan pekerjaan di dunia. Hartanya juga dilaburkan ke jalan yang tidak elok daripada bersedekah kepada mereka yang memerlukan.


4. Pertikaian Hukum Allah
Golongan munafik berlagak seperti orang Islam, tetapi berdolak-dalih melakukan hukum Allah dan ajaran Rasul. Mereka tahu apa yang diwajibkan tetapi tidak memenuhi tuntuan Islam itu sendiri. Ketika senang mereka langsung lupa pada Yang Maha Pencipta tetapi mereka seolah-olah menyesal apabila kesusahan.


5. Mengejar Habuan Dunia
Sebelum melaksanakan tugas, orang2 munafik akan bertanya apakah akan ada balasannya? Sama ada dari segi wang ringgit atau kebendaan yang lain. Hilang rasa ikhlas kerana berfikir pengorbanan harta benda dan tenaganya tidak berbaloi. Pelbagai alasan diberikan jika ia hanya membawa keuntungan ke akhirat.


6. Menghina Kebenaran
Kadang2, kebenaran itu terpampang di depan mata tetapi orang yg munafik tidak mengakuinya. Pelbagai alasan diberikan supaya tidak mahu menerimanya. Mereka lebih suka mengikut kata hati dan membuat hukum sendiri sesuai dengan kehendak nafsu kejahatan. Jauhkan diri anda daripada golongan ini!

                                                                                                                             artikel Dara.com

"Dosa tak macam duit"

Supercopier 3 Full Version



software ini aku share kepada sesiapa yang ada masalah tentang masa copy paste dari thumb drive or hard drive sangat2 slow sampai mengambil entah apa2 kan. kesian kat korang lah jadi macam tu, aku tumpang simpati.




software ini dah aku guna dan puas hati bila guna. senyum bila tengok smooth je. ^_^
speed dia boleh tahan lah 3 kali ganda daripada sebelumnya.
nak download copy bawah ni ha... tak leh copy, salin lah kat mana2, notepad ke apa.

http://digitalworldit.blogspot.com/2013/05/supercopier-3downloadfullversionfree.html

"Bukan senang nak jadi senang, Bukan susah nak jadi susah"

De'Teruna Resort Forest


eh, apa pulak kali yang dirungkaikan topik ini. resort? forest?

Resort~

Forest~

Resort in Forest ???

haha.. kelakar pula bila aku pikir camtu, apa yang aku buat dalam sana? hunting? enjoy?
semua itu bukan lah, aku mengikuti KAKS (Kursus Asas Keusahawanan Siswa). aku rasa yang join itu sebanyak 21 orang lah. ermmm, aku follow sebab bosan duduk kat rumah memanjang. Asyik2 mengadap depan laptop ja, nak keluar tengok alam sekeliling. hirup udara segar, sejuk mata memandang kan.



mula-mula join, aku macam orang asing tanpa passport sebab aku kan praktikal mmg tak jumpa junior2 aku ni. yang aku sembang pon yang mana aku kenal aja. berapa kerat ja yang sama semester dgn junior ja. haaa, aku dah rasa terpinggir ja time tuh. tak tahu la, aku boleh hidup kat sana.

Ice breaking ja, kena lah dok dalam group. aku rebut peluang dalam group utk mengenali orang yg tak pernah jumpa dgn tak pernah tegur sebelum ni dengan lebih rapat daripada aku sangkakan. hidup dah macam satu keluarga walaupun beraneka perangai yang aku sebelum tak penah pikir pon . wujud jugak nohh.. 


berlarutan hari demi hari, aku dah mula serasi dengan semua orang dan dapat mengikut rentak masing-masing. teamwork, honest, proactive, hardworking, trust and spend to together. tak pernah aku rasa sebelum ni. itu yang sedih sangat2.


dalam banyak2 kem ke kursus, ini kali pertama aku selaku ketua kumpulan sebab aku ni tak komitmen bila jadi orang atas nak mengarah orang bawahan aku. tapi aku suka menerima pendapat melalui perbincangan , mungkin dengan cara itu lebih mudah dan cepat untuk membuat keputusan.


ceramah, makan minum, kolam, obstacle, jungle tracking dan banyak lagi merupakan aktiviti yang paling gempak yang aku alami. kawan-kawan yang sporting dan friendly tak kisah camana perangai sekali pon. jujur aku cakap, I Miss You Kawan~


"Air Dicicah Tak Akan Putus" 

16 Minggu~


apa yang korang fikirkan 16 minggu ha?
mesti 4 bulan kan.. aku dah agak dah.
malaslah aku nak borak panjang2.



itu semua tentang masa praktikal aku yang perlu aku tempuhi sebelum tamat pengajian aku dalam diploma. macam-macam kenangan tak kira manis, masam, pahit, kelat dan banyak yang rasai walaupun hanya sekejap sahaja.

dalam masa yang sama juga, aku baru mengenali apa itu kawan, sahabat, teman, kekasih dan duri dalam daging. aku jenis tak kisah apa orang nak kelaskan aku ni sombong, kedekut, berlagak, dan belambak lagi la orang fikirkan yang negatif.


pengalaman aku kat sana kira first time lah, keja kilang yang paling aku menyampah dahulu dah menjadi kenyataan sebagai tempat aku dilatih walaupun hati ini dah menyumpah habis. itu orang tua-tua kata "Perkara yang kita selalunya tak suka akan kita dapat bila-bila sahaja".

aku berkawan tak kisah la orang berstatus bujang, tunang, berkhawin, janda/duda, kanak-kanak, orang tua takpun OKU. kalau orang baik dengan aku, baik lah aku nie. kalau sebaliknya, SORRY TO SAY . harap memahami .


alang-alang dah bertapa dekat SP (Sungai Petani), merantau lah ke rumah-rumah orang berkawan kat kilang , tunggu lagi . bukan apa kira aku ini tak mahu berkawan hanya di kilang tapi tahu juga sanak-saudara dia juga. dan satu lagi, aku tak suka orang anggap dekat kilang lain, luar lain. padahal aku ni sama ja kat mana pon.

dari tempat panas sampailah aku keja dalam air-conditioner , puas hati aku walaupon pada peringkat permulaan aku ini keja main-main dan kena pukulan maut dari Supervisor. tiba-tiba rajin terlebih, kalau di ingat kembali mmg kelakar lah.


kenangan manis aku tak boleh dilupakan , time makcik2 kilang buat kenduri aku sempena perpisahan aku lagi 2 minggu lagi, dalam hati dah sebak habis. aku memang tak lupa sampai ke mati. itu janji aku, insyaallah kalau dah berjaya nanti aku nak balas balik kebaikan makcik2 kilang itu.

cukup kowt, cerita aku bukan menarik mana pon, cuma memori 4 bulan aku di sana. kongsi-kongsi aja. yang tak mau baca pon aku tak kisah pon sebab aku ini bukan nak paksa-paksa orang nak baca cerita aku ni. hahaha aku pon macam korang jugak lah. k chow!!!






"Nyawa bukan urusan jual-beli"

PUA~

apa benda tu??? korang tahu ke tak? eh, yang tahu tu senyap-senyap sudah.
okeh, aku nak kongsi satu kraftangan pribumi orang Malaysia.



Maksud PUA: kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak.
Cara membuat: ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loom atau tumpuh (bahasa Iban)



Maksud Tumpuh: sejenis alat tenunan ringkas dan ringan.
Cara mengguna: Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.



Sejarah: Pada masa dahulu, masyarakat Iban menenun pua bukan untuk dijadikan pakaian. Pua ditenun dengan tujuan tertentu seperti menghalau hantu syaitan, menghindari bencana, tanda kesyukuran, untuk kepentingan keagamaan, adat dan kepercayaan memuja roh dan sebagainya. Sebab itulah masyarakat Iban menganggap pua sebagai tekstil yang amat berharga untuk dijadikan pusaka turun temurun.



Warna-warna: Terhad. Selalunya ditenun dengan warna tanah (coklat dan merah bata atau merah tanah). Warna biru digunakan untuk memperindah reka corak di bahagian badan kain, manakala warna kuning digunakan untuk sempedan tepi kain.






"Seni warisan bangsa"

April Fool~

Sering kali tanggal 1 April, macam-macam kita nak prank member-member kita , janji nak menggembirakan hati sudah tapi dilarang sekali oleh ISLAM. mungkin sesetengah kita tak tahu menahu hal ini. why
ini disebabnya:~




Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)






Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com


"Setiap orang mesti ada sejarahnya"

Windows 7 Theme Many Problem~

Aku nak kongsi satu lagi software, sebarang kerosakan korang tanggung sendiri, jangan salahkan aku pula. Bak kata "orang sendiri buat, sendiri tanggung lah". Software ini dinamakan UXtheme Multi-Patcher for Windows 7. Apa dia buat???

Fungsinya hanya untuk theme yang lain daripada yang biasa tapi just repair it. Kalau missing icon ke taskbar or dll. Faham tak?
Ni sah tak faham kan, klu faham memang tak payah tanya dah.

Contoh:

Windows 7 Basic


Windows 7 Special




Link download : http://www.windowsxlive.net/uxtheme-multi-patcher/

"Tak semudah yang kita sangkakan"

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.