ehhh, topik pasal negeri...
aku cerita sikit tentang negeri yang aku sanjungi selama ini...
jangan risau, aku bagi ringkas, padat, juga senang difahami...
tak macam dalam buku sejarah, kalau aku pon mengantuk...
jom kita selongkar apa yang special tentang negeri Kedah...
Kenapa nama negeri Kedah yang diletak? nama lain tak sesuai ke?
- Asal nama barangan dagangan:
(i) Kadaram "berkumpul bersama-sama di jalan-jalan luas" yang Chola modal
- Asal Dari Kesusasteraan India:
(i) Kataha-Nagara (dalam drama Mahotsava Kaumudi)
(ii) You-Kataha (dalam Agni Purana)
(iii) Kataha-Dvipa (dalam Samarāiccakahā)
(iv) Kataha (dalam Kathasaritsagara)
- Asal Dari Kesusasteraan Timur Tengah
(i) Qilah oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab al Masālik w'al Mamālik
(ii) Kalah-bar oleh Soleiman Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh (bergerak di Asia)
(iii) Kalah oleh Abu-Dulaf Misa'r Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-thaniyah
(iv) Ka- Cha disebut oleh pedagang China (Yi Jing)
sekarang baru aku tahu serba sedikit nama negeri aku nie,
banyak betul nama, dah macam nama orang pulak..
Maksud tersirat pada Bendera negeri Kedah:
(i) Anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning
- Tanda negeri ini beragama Islam,
(ii) Dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning
- Negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
(iii) Merah
- Warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan
(iv) Bulan sabit
- Simbol agama Islam.
(v) Perisai
- Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
Maksud tersirat pada Jata negeri Kedah:
(i) Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi
- Komoditi pertanian utama negeri – beras.
(ii) Anak bulan sabit
- Islam
(iii) Perisai
- Kekuasaan pemerintah.
Lagu Negeri Kedah:
Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Allah selamatkan Sultan Mahkota,
Berpanjangan usia diatas Takhta ,
Memelihara ugama Nabi kita ,
Negeri Kedah serata-rata.
Berpanjangan usia diatas Takhta ,
Memelihara ugama Nabi kita ,
Negeri Kedah serata-rata.
Kedah terbahagi daripada 12 Daerah:
(5) Kubang Pasu, (6) Kulim, (7) Langkawi, (8) Padang Terap
(9) Pendang, (10) Sik, (11) Yan, (12) Pokok Sena
Alor Setar - Ibu Negeri Kedah
Tempat-tempat Pelancongan:
- Puncak Janing Waterfall, Balai Besar, Balai Nobat, Bukit Kayu Hitam, Balai Seni Negeri, Batu Hampar Waterfall, Junjong Waterfall, Kota Kuala Kedah, Lata Mengkuang Waterfall, Lembah Bujang, Lasor Eco Park, MAsjid Zahir, Menara Alor Setar, Ladang Anggur Sik,
Lye Huat Garden, Muzium Negeri, Muzium Padi (Jelapang Padi Malaysia), Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Pantai Merdeka, Tasik Pedu, Pekan Rabu, Peranginan Sik Waterfall Rumah, Kelahiran Mahathir, Rumah Merdeka,
Seri Perigi Waterfall, Sungai Merbok Recreation Park, Sungai Sedim Tree Top Walk, Ulu Muda Eco Park , Ulu Paip Recreational Forest, Hutan Paya Laut, Ulu Legong Hot Springs, Titi Hayun Waterfall, Gunung Jerai, Lata Mengkuang
Memang banyak tempat-tempat yang menarik kat Kedah nie, aku bagitahu sebab kalau la teringin nak melancong tak tahu nak pergi tempat tu, aku dah nama tempat cuma jalan ja korang kena buka peta tak pon tanya ja orang yang tahu tempat tu kat mana.
Lagu-lagu Rakyat Kedah
- Seloka Orang Kedah
- Mai Chek Mai Kita Ke Kedah
- Cinta Sayang
- Cinta Pantai Merdeka
- Hijau Kuning
setakat itu saja yg aku leh kongsikan pasal negeri aku...
yg lain tak dak, nak leh detail lagi korang cari sendiri la...
aku nie bukannya rajin sangat.. okay chow...
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.