Sukan Hardcore Lagi Extreme (Part 2)

mintak maap klu aku nie buat sesetengah pihak tertunggu..
okey!! kalau boleh habis kowt... ahak!

ROCK CLIMBING


- Ada banyak kategori untuk sukan yang memerlukan tenaga zahir dan batin yang luar biasa. Di antaranya mountaineering, bouldering, indoor climbing, ice climbing dan macam-macam lagilah. Skill dan teknik berbeza mengikut tahap kecekapan dan ketahanan masing-masing.

PARA GLIDING

- Satu lagi suka yang menhentam dada dan mencucuk jantung! Sesetengah negara memanggilnya parapenting dan ia adalah satu sukan bertaraf rekreasi dan competitive. Ia adalah campuran dan dua sukan iaitu hang gliding dan payung terjun. Seronok dan gian bila dah mahir tapi belanja banyak sebab negara kita nie memang kurang pendedahan pasal para gliding.

KICK BOXING


- Muay Thai atau tinju Siam ni punyalah popular sampaikan Hollywood pun dah bikin filem. Petinju yang ada dalam gelanggang boleh bergasak dan belasah lawan masing-masing menggunakan penumbuk, kaki dan apa aje asalkan jangan bawah pinggang. Kalau tak, naya aje member tanggung 'sakit'. Ada jugak yang panggil tomoi.

CANOEING

- Satu sukan rekreasi air yang mengerah tenaga mengayuh menggunakan canoe atau kayak. Biasanya kalau nak join atau main X-Game nie, kenalah turun sungai yang arusnya memang garang dan ganas. Ada jugak yang main kat laut tapi kena ada latihan dan skill yang mantap sebab risikonya memang tinggi. Solo boleh ... team pon boleh.

CAVING

- Sapa-sapa yang kuat berangan jadi Indiana Jones atau Alan Quatermain tu, memang cocok sangat terlibat dengan aktiviti nie. Keluar masuk gua, tinjau-tinjau gua, ushar gua.. pendek kata sapa yang rajin nakkan adventure yang mencabar lagi menarik, confirm kena daftar cepat aktiviti nie. Cabaran yang bakal hadapi: lopak, jurang, lintah, kelawar, panjat, merangkak dan lain-lain. Ada brans?

IRONMAN TRIATHLON

- Dulu ada satu aje acara rasmi Ironman nie kat dunia tapi sebab pengaruh kuat, dah beranak pinak pulak acara nie seluruh dunia. Ini termasuk jugaklah negara kita Malaysia yang selalunya diadakan di Pulau Langkawi. Acara wajib yang selalunya peserta kena hadapi ialah berenang, berbasikal, berlari dan ada la dua tiga acara tambahan mengikut kesesuaian.

PARKOUR YAMASAKI


- Haaaa..... pernah tengok cerita 'Yamakasi' atau 'B13'? Sukan yang banyak babak lompat-lompat dan banyak adegan panjat-panjat tu nama rasminya bukan Yamasaki tapi Parkour. Berasal dari Peranchis, sesiapa yang terlibat dengan aktiviti gila ini dipanggil traceurs atau parkouristes.

JETSKI

- Tak kisahlah korang kat tasik, kat bekas lombong atau tepi tepi pantai... sukan nie memang cukup popular dan fun abis. Banyak event dan competition dah jalan sampaikan kita pun ada jaguhan sendiri. Belanja taklah besar sangat sebab sekarang ni pon banyak tempat boleh sewakan equipment.


SURFING

- Dari teluk Hawaii sampailah ke tanjung sekitar pantai-pantai California dan tempat-tempat cun kat Gold Coast Australia. Surfing dah lama menapak sebagai salah satu fenomena peneraju sukan extreme seantero dunia. Semua akan nampak cool dan cun kalau dah mula berjinak-jinak dengan aktiviti nie.

FUTSAL

- Dulu kalau nak main bola sepak kena turun padang rumput dan cuaca pulak mesti ditahap baik dan tak hujan. Tapi sekarang, Futsal telah menyelamatkan nasib pemain-pemain bola sepak ini dengan tambahan-tambahan menarik seperti indoor area yang cun, gelanggang berbagai versi (wood panel, artificial grass, etc) dan lain-lain.

~The End My Journal~

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.