Aku nak kongsi apa yang aku baca untuk sandaran kawan-kawan aku di luar sana.
Tajuk dia... Jeng jeng jeng....~
Hello...
Perempuan suka shopping, lelaki tak suka. Perempuan suka gayut di telefon, lelaki tak suka. Jadi macam mana nak jayakan sesuatu hubungan jika anda tidak rela berlama-lama atau menguasai teknik yang betul ketika berbual dalam telefon? Jangan bimbang jalan penyelesaian tetap ada jika anda mahu mencuba..
1. PASTIKAN ADA TOPIK UNTUK DIBUALKAN
-Jika anda yang membuat panggilan, tentulah anda tidak mahu itu sekadar panggilan kosong. Lebih baik anda bersedia untuk mengikat si dia di corong telefon dengan topik-topik menarik yang sudah bermain di fikiran. Pastikan ianya sesuatu yang suka didengar si dia dan boleh menarik minatnya.
2. BERSIKAP TERBUKA SEMASA BERBICARA
-Ada lelaki tidak sanggup bercerita hal peribadi di telefon. Maklumlah, tak nampak muka tapi ini tidak bermakna yang anda perlu menyembunyikan segala-galanya. Adalah lebih baik jika anda sedia berkongsi sedikit sebanyak tentang diri sendiri dengan si dia untuk memberikan impak positif kepadanya.
3. LAKUKAN KERJA LAIN SEMASA BERCAKAP
-Orang lelaki takut bercakap di telefon kerana ada yang bimbang mereka tidak akan dapat mengerjakan pekerjaan lain. Tapi dalam zaman moden ni, dengan telefon tanpa kod, handphone dan sebagainya, tiada alasan kenapa anda tidak boleh membuat pelbagai kerja dalam satu masa.
4. TUMPUKAN PADA PERCAKAPAN
-Jika ada yang takut tidak dapat melakukan macam-macam kerja pada satu-satu masa, maka anda adalah oranglnya perlu menumpukan perhatian pada perhatian pada perbualan di telefon. Seeloknya beri perhatian kepada apa yang sedang diperkatakan oleh si dia.
5. KUASAI PERBUALAN ITU
-Wanita sangat mudah meluahkan perasaan melalui telefon dan sampai satu tahap lelaki mungkin belum bersedia menerimanya. Untuk mengelak ini terjadi, anda perlu menguasai perbualan itu yang bermakna anda berada di pihak yang bertanya soalan.
6. TANYAKAN SOALAN YANG BERKEMBANG
-Jangan biarkan diri anda terbantut dengan jawapan ringkas si dia. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk bertanya soalan-soalan yang lebih terbuka terutamanya tentang minat, aktiviti atau kegemaran si dia. Mungkin dia sanggup menerangkan panjang lebar untuk anda.
7. JADIKAN DIA SENTIASA MENANTI
-Pastikan anda bijak semasa menceritakan perihal diri sendiri. Maksudnya, biarkan si dia tertanya-tanya tentang diri anda dan sentiasa ingin tahu sesuatu yang baru mengenai anda. Peranan anda di sinni amat penting, jangan sampai anda belum bercerita apa-apa tapi si dia mulai jemu untuk berbual dengan anda.
8. HENTIKAN SECARA YANG TERBAIK
-Cuba hentikan atau akhiri panggilan tersebut dengan cara paling baik. Ambil beberapa minit untuk melakukannya dengan berterima kasih kepadanya kerana sudi berbual dengan anda. Nyatakan keinginan untuk berbual dengannya lagi lain kali.
"Walaupun jauh tetapi dekat di sisi"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.