hari jumaat,
aku dalam di lema,
mencari-cari apa yang hendak di buat,
lama-kelamaan aku semakin malas,
membuat kerja yang aku perlu buatkan,
aku sentiasa mengikut kata-kata hati,
mudah dikalahkan tanpa pertumpahan darah...
datang pertanyaan di mindaku,
bagaimana aku melatih supaya aku tidak terpengaruh lagi,
last-last bantal juga menjadi santapan aku,
dari terbit sampai tenggelam matahari,
baru aku dapat sedarkan diri...
masih belum sempat aku tinggalkan semua itu,
meneroka jurang tanpa batasan,
apa yang aku tercari-cari selama ini,
meneliti setiap rangkap,
sebaris demi sebaris,
mulut turut serta bergerak,
buka tutup buka tutup,
tak henti-henti mengasah percakapan,
jangan lupa otak tidak letih mentafsir,
meluaskan agen-agen lain yang baru,
apabila menjumpai sesuatu yang lain dari sebelumnya...
menjelmalah hari sabtu,
jam di telefon bimbit melodikan,
lagu yang agak menghiburkan hati,
tapi bukan untuk bersuka ria,
cuma membangunkan aku daripada alpa,
dengan alam maya yang ku cipta sendiri,
sampai terikut-ikut skrip dialog,
mata yang agak kusam,
muka malas aku bayangkan,
terhayung-hayang berjalan,
melangkah kaki ke tempat penyiraman,
untuk menyegarkan tubuh yang layu,
kedinginan air keluar daripada alur ruang kosong,
menghilangkan keletihanku semalam,
bagai mimpi kelmarin cuma kilasan semata-mata,
haruman dari setiap sudut dapat aku hidu,
membawa seribu makna...
lengkap bergaya,
beroren baju berjeankan seluar,
kaki disaluti "BodyGlove",
rambut dikemas rapi dengan sikatku,
bersedia aku menjalankan tugasan,
yang dilaksanakan sebentar lagi,
masih aku menjejak kaki di sana,
adakah aku diperlukan..
panas semakin membakar,
air yang aku hidangkan,
ramai yang menikmati,
perwatakan orang beraneka jenis,
yang bermain di mindaku,
mereka merupakan raja,
aku ini sekadar hambanya,
mencuba yang terbaik untuk pemimpinnya,
semuanya terbaik tanpa ada keburukan,
walaupun sebesar kuman,
kestabilanku turut merasai,
keinginan untuk beradu,
sudah menjadi trend aku....
hahaha~
"Setiap mata yang tertutup tidak bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka tidak bererti ia melihat."
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.