sepasang mata melihat segerombolan manusia,
berpakaian seragam,
datang dengan pelbagai ragam,
aku mengukir senyuman untuk merasainya sama..
lalu terdengar satu suara kecil,
di telinga kerdilku sebelah kanan,
rupanya ibu berbisik,
"nanti boleh dapat kawan",
ayat yang aku tidak boleh lupakan..
kotak fikiran tidak menahan diri,
daripada pergi tempat yang unik,
sumber ilmiah, minda mahupun stamina,
terciptalah segala memori,
setiap insan bernama pelajar..
sungguh bermakna aku mempelajari,
semua yang diajar oleh,
seseorang yang tidak letih,
daripada menjadi aku ini,
manusia yang berguna dan terpelajar,
"TERIMA KASIH CIKGU"..
abjad dan huruf,
diucap berbeza alunan suara,
tapi maksudnya tetap sama,
seingat aku keseluruhannya ada,
26 terbit dengan karekter yang berbeza..
perkara yang aku tidak lupa,
masih segar dalam ingatan,
berlegar-legar di kepala,
dia adalah guru..
kenapa aku kata begitu???
adakah ianya salah???
menyayangi dia seperti orang lain???
tanpa dia, siapalah aku???
usahlah malu...
aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu huruf,
aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu nombor,
aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu jawi,
aku bangga kerana dia,
dapat membuka mataku menerokai,
apa yang ada di dunia ini..
dari setinggi kerusi sampai setinggi tiang,
dari sebesar kucing sampai sebesar singa,
dari sepintar kerdai sampai sepintar kancil...
aku turut merakam saat manis,
pabila berkawan dengan orang asing,
macam-macam agenda dipertunjukkan,
memang tak tercapai aku untuk mengulanginya lagi,
hati pendam apabila aku,
menerima seorang yang dikatakan KAWAN..
aku suka memahami perasaan orang,
tetapi ramai yang berfikiran lain,
orang yang menghulur tangan,
lebih baik daripada orang yang menerimanya,
sudah nasi menjadi bubur..
aku ingin mengulang kembali,
tentang pembelajaran yang aku terima,
masalahnya belum lagi habis,
kemana aku pergi tak akan habis,
dek ujian yang Dia berikan..
selepas aku mengetahui kesemua abjad,
tiba sekarang satu perkara yang selalu aku buat,
walaupun hanya syiling dan wang kertas,
aku cekap menghafalnya tanpa berfikir,
ini merupakan apa yang aku minat..
kekerapan kosong hingga sembilan,
mengira menjadi pengasah akal,
dengan adanya tambah, tolak, darab dan bahagi,
terciptanya pelbagai formula untuk menyelesaikan masalah..
manis, kelat, tawar, pahit, masam,
semua aku merasai di situ,
kenangan yang tak aku capai akan datang,
masih terbayang lagi sehingga sekarang,
tapi buku lama masih aku simpan..
"Ada dua cara seseorang itu tidak akan berjaya iaitu orang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu apa yang disuruh"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.