Dalam topik ini, aku rasa aku masih belum bersedia ke sana lagi...
Keinsafan diri akan muncul jika aku tengok...
Bila tiba masanya aku terpisah roh daripada jasad?
2008, masa tu aku pergi pertandingan catur peringkat daerah...
Pada masa yang sama, kawan (lelaki) aku pergi mana entah dengan kawan dia menaiki kereta...
Sampai tempat bernama Padang Lembu, datang sebuah kereta lain memecut laju dari belakang kereta mereka...
Dan kereta tersebut hilang kawalan, melanggar kereta yang kawan aku naik dari arah belakang...
Dia mengalami kecederaan serius sehingga membawa maut ke atas dirinya sebab kepalanya tersepit di kerusi penumpang hadapan sebelah kiri menyebabkan lehernya patah...
Aku terasa terkilan apabila mendengar berita tersebut tentang kejadian itu...
Mungkin dengan aku melihat jenazahnya, itu merupakan pertemuan terakhir aku dengan dia berada di atas muka bumi ini...
Daripada proses mandi sehinggalah pengebumian...
2011, hampir-hampir cuti semesta, aku mendengar khabar angin tentang kawan (perempuan) aku lagi tapi untuk panggilan pertama, dia dalam keadaan koma akibat kemalangan yang aku berapa pasti kejadian tersebut...
Dalam 2 - 3 hari kemudian, aku dapat lagi satu panggilan tapi kali ini dia sudah kembali ke rahmatullah...
Perasaan takut akan kematian menjadi bertambah, aku melihat dua kawan aku sudah dijemput-Nya dengan usia yang muda...
Bekalan entah cukup atau kosong bila ada di sana...
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu kita akan berada di sini."