Japan Drama

List Of I See :~



(1) Akai Ito
(2) Atashinchi No Danshi
(3) Attention Please
(4) Detective Conan
(5) Dragon Zakura
(6) Gokusen I & II & III
(7) Great Teacher Onizuka (GTO)
(8) Hana Kimi
(9) Kamen Rider 555, Blade, Decade, Den O, Fourze, Dx, Kiva, OOO, Ryuki, W, Agito
(10) Liar game season 1 & 2
(11) My Boss My Hero
(12) Nobuta Wo Produce
(13) One Pound Gospel
(14) Ouran High School Host Club
(15) Rookie
(16) Yamato Nadeshiko Shichi Henge
(17) Hana Yori Dango Season 1 & 2 & Final & Special
(18) Mei-Chan No Shitsuji
(19) Zettai Kareshi
(20) Tokujo Kabachi
(21) Lucky 7 Detective
(22) Tokyo Dogs



Lama Tak Blog



Dalam bulan nie, aku rasa letih sangat..
Yelah, final exam punya pasal..
2 minggu aku tak tido cukup, kepala dah cukup berat..
Penuh dengan ilmu yang aku pelajari..
Rindu pula kalau buka blog nie,
ada saja benda aku nak tulis...
Usaha yang bertungkus-lumus itu,
dapat membuahkan hasil kepada aku...
menjawab dengan tenang, mudah,
cuma satu saja yang bermasalah tak faham soalan apa yang dia nak...
apa-apa pon aku malas nak pikir balik perkara yang dah lepas,
nanti bertambah tekanan yang aku terima...

Kematian

Dalam topik ini, aku rasa aku masih belum bersedia ke sana lagi...
Keinsafan diri akan muncul jika aku tengok...
Bila tiba masanya aku terpisah roh daripada jasad?



2008, masa tu aku pergi pertandingan catur peringkat daerah...
Pada masa yang sama, kawan (lelaki) aku pergi mana entah dengan kawan dia menaiki kereta...
Sampai tempat bernama Padang Lembu, datang sebuah kereta lain memecut laju dari belakang kereta mereka...
Dan kereta tersebut hilang kawalan, melanggar kereta yang kawan aku naik dari arah belakang...
Dia mengalami kecederaan serius sehingga membawa maut ke atas dirinya sebab kepalanya tersepit di kerusi penumpang hadapan sebelah kiri  menyebabkan lehernya patah...
Aku terasa terkilan apabila mendengar berita tersebut tentang kejadian itu...
Mungkin dengan aku melihat jenazahnya, itu merupakan pertemuan terakhir aku dengan dia berada di atas muka bumi ini...
Daripada proses mandi sehinggalah pengebumian...



2011, hampir-hampir cuti semesta, aku mendengar khabar angin tentang kawan (perempuan) aku lagi tapi untuk panggilan pertama, dia dalam keadaan koma akibat kemalangan yang aku berapa pasti kejadian tersebut...
Dalam 2 - 3 hari kemudian, aku dapat lagi satu panggilan tapi kali ini dia sudah kembali ke rahmatullah...
Perasaan takut akan kematian menjadi bertambah, aku melihat dua kawan aku sudah dijemput-Nya dengan usia yang muda...
Bekalan entah cukup atau kosong bila ada di sana...



"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu kita akan berada di sini."

roti Canai



selama ini aku cuma melihat orang tebar roti canai,
tak kira la dekat ka jauh,
dalam otak aku kata,
"Ala buat yang tu aku boleh buat, celah gigi ja pon",
cakap besar... bangga diri tak mencuba lagi,
sekali aku tebar,
haaa dah jadi apa pon aku tak tahu nak kata,
roti canai ka roti halai-banai,
haha gelak hati kecil aku ini,
kali kedua aku cuba lagi,
memang jadi la tapi......,
yang bahagian tepi tebal sangat,
lipat-lipat nak besar tapak tangan,
dia punya tebal,
masak punya lama tak masak-masak,
nak bagi orang makan nampak macam nak bunuh orang ja,
last-last aku telan juga dalam terpaksa,
pening aku bila nak menelan masuk ke perut aku ini,
tu la kata senang nak tebar,
macam la juara sangat,
kena sekali baru tahu langit tu tinggi ka rendah,
sekarang baru aku sedar,
bila buat daripada cakap kosong,
"fikir dulu baru kata"..

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur."

minggu nie~



statement yang tertera di atas,
adalah hari-hari sungguh menyibukkan diri aku,
dalam semua perkara,
kesemuanya pelajaran yang aku belajar,
semua aku tempuhi dengan pelbagai cara aku guna,
tak kiralah dengan cara berfikir, praktikal, ataupun bekerja keras,
serba lengkap,
presentation, meeting, assignment, quiz, test, ICE, and other,



2 minggu berturut-turut,
aku dah kehabisan tenaga zahir mahupun batin,
macam emosi yang aku terpaksa mempamerkan kat orang lain,
dalam tekanan, 
aku mampu tersenyum lebar tanpa ketahui hal yang sebenarnya,
aku dalam separuh waras ketika itu,
tak tahu ke mana aku untuk melepaskannya,
itu boleh aku menjadikan kenangan yang aku tak boleh dilupakan,
kelakar bila di ingat kembali,
mungkin satu permulaan aku untuk masa ke depan yang aku masih terokai,
yang lebih mencabar menguji tahap ketahanan aku,
"Genggam bara api biar sampai jadi arang",
"Jangan pula hangat-hangat tahi ayam sudah"....


"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

kELas Batal


pagi-pagi aku bgun awal,
bersiap dengan rapi untuk pergi ke kelas,
tup tup kelas xdak,
angin satu badan.... haha~


"Setiap perkara mesti ada sebab tersendiri"

ROKOK!!

isu ini memang hangat...
membuar-buar sampai ke media massa...
sehingga pihak ulamak pon join sekali nak memastikan ianya tak menjadi bertambah lebih besar lagi...
segelintir ada cakap makruh, 
segelintir lagi cakap haram,
fatwa mengeluarkan ianya HARAM!!!
apa sebabnya? 
"perbuatan tersebut telah membinasakan diri sendiri"
itu ayat yang aku ubah ckit la apa yang aku faham...




siapa kata aku ini tak pernah merokok?
ada la, tapi rokok daun aku hisap tak da tembakau,
entah kenapa aku tak suka dengan rokok nie,
nak kata pak aku tak merokok... hari-hari keluar asap,
nak kata sepupu tak merokok... hari-hari kapit rokok,
nak kata abang ipar tak merokok... hari-hari petik lighter,
nak kata member tak merokok... hari-hari suruh aku beli,
aku tak taw nak pikir macam mana lagi...






banyak yang aku merasainya,
dalam keadaan sekelilingi,
berniaga paling best sekali,
untung berlipat kali ganda,
dari sebutir pasir hingga sebesar pulau,
memang aku bagi double A untuk ini punya...




masa kecik pon ada gak anak jiran sebelah,
hulur sebatang Dunhill kat aku,
time senja pula tu,
syaitan beraja untuk menguasai mindaku,
"cuba la dulu, baru ada feel",
tapi aku tak semudah tu,
yang tahu rokok nie,
satu hanya makan asap ja,
dua hanya bakar duit,
tiga hanya rosakkan diri aku,
empat hanya menyusahkan orang pula,
lima hanya tak kenyang,
itu pendapat aku ja,
ke depan aku tak tahu yang aku masih merokok ka x..




renung-renung seorang diri,
memikir satu perkara yang aku masih tak faham,
bukan apa,
selalu aku tengok kelibat orang di merata tempat, ka
tentang tajuk yang aku ajukan,
signboard yang di paparkan,
seakan-akan sekadar iklan hanya untuk dipertontonkan,
tak da respon pon,
tak kira la kat stesen, sekolah, dan tempat-tempat awam yang lain...






segala jenis racun dan bahan kimia,
ada dalam sebatang rokok,
dengar khabar macam-macam jenis penyakit kronik,
sanggup ke nak tanggung derita nie,
tik tak tik tak tik tak,
menunggu jawapan yang sampai sekarang,
tapi apa-apa pon aku cakap juga r,
"Kata Tak Nak Merokok" = "No Smoking"


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

AlAm pErSeKolAhAN





sepasang mata melihat segerombolan manusia,
berpakaian seragam,
datang dengan pelbagai ragam,
aku mengukir senyuman untuk merasainya sama..


lalu terdengar satu suara kecil,
di telinga kerdilku sebelah kanan,
rupanya ibu berbisik,
"nanti boleh dapat kawan",
ayat yang aku tidak boleh lupakan..


kotak fikiran tidak menahan diri,
daripada pergi tempat yang unik,
sumber ilmiah, minda mahupun stamina,
terciptalah segala memori,
setiap insan bernama pelajar..






sungguh bermakna aku mempelajari,
semua yang diajar oleh,
seseorang yang tidak letih,
daripada menjadi aku ini,
manusia yang berguna dan terpelajar,
"TERIMA KASIH CIKGU"..


abjad dan huruf,
diucap berbeza alunan suara,
tapi maksudnya tetap sama,
seingat aku keseluruhannya ada,
26 terbit dengan karekter yang berbeza..


perkara yang aku tidak lupa,
masih segar dalam ingatan,
berlegar-legar di kepala,
dia adalah guru..






kenapa aku kata begitu???
adakah ianya salah???
menyayangi dia seperti orang lain???
tanpa dia, siapalah aku???
usahlah malu...






aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu huruf,


aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu nombor,


aku bangga kerana dia,
kerana aku mengetahui apa itu jawi,


aku bangga kerana dia,
dapat membuka mataku menerokai,
apa yang ada di dunia ini..


dari setinggi kerusi sampai setinggi tiang,
dari sebesar kucing sampai sebesar singa,
dari sepintar kerdai sampai sepintar kancil...






aku turut merakam saat manis,
pabila berkawan dengan orang asing,
macam-macam agenda dipertunjukkan,
memang tak tercapai aku untuk mengulanginya lagi,
hati pendam apabila aku,
menerima seorang yang dikatakan KAWAN..


aku suka memahami perasaan orang,
tetapi ramai yang berfikiran lain,
orang yang menghulur tangan,
lebih baik daripada orang yang menerimanya,
sudah nasi menjadi bubur..






aku ingin mengulang kembali,
tentang pembelajaran yang aku terima,
masalahnya belum lagi habis,
kemana aku pergi tak akan habis,
dek ujian yang Dia berikan..


selepas aku mengetahui kesemua abjad,
tiba sekarang satu perkara yang selalu aku buat,
walaupun hanya syiling dan wang kertas,
aku cekap menghafalnya tanpa berfikir,
ini merupakan apa yang aku minat..



nombor hanya tulisan yang mudah di tulis,
kekerapan kosong hingga sembilan,
mengira menjadi pengasah akal,
dengan adanya tambah, tolak, darab dan bahagi,
terciptanya pelbagai formula untuk menyelesaikan masalah..


manis, kelat, tawar, pahit, masam,
semua aku merasai di situ,
kenangan yang tak aku capai akan datang,
masih terbayang lagi sehingga sekarang,
tapi buku lama masih aku simpan..


"Ada dua cara seseorang itu tidak akan berjaya iaitu orang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu apa yang disuruh"

tak pernah habis.....

hari jumaat,
aku dalam di lema,
mencari-cari apa yang hendak di buat,
lama-kelamaan aku semakin malas,
membuat kerja yang aku perlu buatkan,
aku sentiasa mengikut kata-kata hati,
mudah dikalahkan tanpa pertumpahan darah...

datang pertanyaan di mindaku,
bagaimana aku melatih supaya aku tidak terpengaruh lagi,
last-last bantal juga menjadi santapan aku,
dari terbit sampai tenggelam matahari,
baru aku dapat sedarkan diri...

masih belum sempat aku tinggalkan semua itu,
meneroka jurang tanpa batasan,
apa yang aku tercari-cari selama ini,
meneliti setiap rangkap,
sebaris demi sebaris,
mulut turut serta bergerak,
buka tutup buka tutup,
tak henti-henti mengasah percakapan,
jangan lupa otak tidak letih mentafsir,
meluaskan agen-agen lain yang baru,
apabila menjumpai sesuatu yang lain dari sebelumnya...

menjelmalah hari sabtu,
jam di telefon bimbit melodikan,
lagu yang agak menghiburkan hati,
tapi bukan untuk bersuka ria,
cuma membangunkan aku daripada alpa,
dengan alam maya yang ku cipta sendiri,
sampai terikut-ikut skrip dialog,
mata yang agak kusam,
muka malas aku bayangkan,
terhayung-hayang berjalan,
melangkah kaki ke tempat penyiraman,
untuk menyegarkan tubuh yang layu,
kedinginan air keluar daripada alur ruang kosong,
menghilangkan keletihanku semalam,
bagai mimpi kelmarin cuma kilasan semata-mata,
haruman dari setiap sudut dapat aku hidu,
membawa seribu makna...

lengkap bergaya,
beroren baju berjeankan seluar,
kaki disaluti "BodyGlove",
rambut dikemas rapi dengan sikatku,
bersedia aku menjalankan tugasan,
yang dilaksanakan sebentar lagi,
masih aku menjejak kaki di sana,
adakah aku diperlukan..

panas semakin membakar,
air yang aku hidangkan,
ramai yang menikmati,
perwatakan orang beraneka jenis,
yang bermain di mindaku,
mereka merupakan raja,
aku ini sekadar hambanya,
mencuba yang terbaik untuk pemimpinnya,
semuanya terbaik tanpa ada keburukan,
walaupun sebesar kuman,
kestabilanku turut merasai,
keinginan untuk beradu,
sudah menjadi trend aku....
hahaha~

"Setiap mata yang tertutup tidak bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka tidak bererti ia melihat."

Demam Lagi...

penyakit tiap-tiap tahun aku dapat,
memang memeritkan,
sakit abis satu badan aku merasa,
kalau di ikutkan aku la,
memang tak bangun r...
tido je aku nak kan..


pertama kali aku nak demam,
mesti bersin secara tiba-tiba,
bukan sekali,
tapi banyak kali,
dari pagi sampai ke malam,
aku rasa cam xsedap ati pulak...

di ibaratkan ilang tumbuh brganti,
bersin sudah tak dak,
selsema datang menjelma,
dh la sampai merah aku punya hidung,
cuma xjd badut je,
sapu tangan silih berganti,
sehelai demi sehelai aku rembat,
semua aku guna sebaik mgkin...

bala lain dh abis, datang lak bala baru,
sakit kepala, 
nyut-nyut-nyut,
dh mcm org lupa ingatan,
kuat btol punya kesakitan yang melampau tu,
yang nie aku tido la,
klu berjaga memang melarat tak sudah...

tiba masa aku bangun,
meh la virus yang sangat aku nanti-nantikan,
panas dia naik mendadak,
mata pon cam nk buka ka tak,
memang kaw-kaw dia hentam sama aku,
mungkin ini cubaan yang Dia beri kpd aku,
nak uji kesabaran yang aku jarang sekali dapat,
Dia masih menyayangi aku lg,
Syukur aku tak terkata...


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu yang baik melandaskan kenyataan"

Fairy Tail


Created by : Hiro Mashima
Episode : Currently Airing - 2009 -
Sinopsis : Lucy is a 17-year-old girl, who wants to be a full-fledged mage. One day when visiting Harujion Town, she meets Natsu, a young man who gets sick easily by any type of transportation. But Natsu isnt just any ordinary kid, he's a member of one of the world's most infamous mage guilds: Fairy Tail.
Genre : Family, Comedy, Saspens, Fantasy, Romance






Itu ja yang aku boleh tulis dalam bahasa inggeris, 
entah la macam mana aku boleh terpikat dengan anime ini,
mungkin semasa tengok most popular in animecrazy r,
anime sekarang tangga ke-7 daripada 1115,
ceritanya berjalan dengan lancar, ada action, dramastik, wonderful of creative idea,
entah la dengan ending xtahu lagi...


klu ikut rating star, aku bg : 4.5 drpd 5 star..... 


"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

M.U

Walaupun aku tak bersukan dalam arena bola sepak, tapi aku ada juga minat team player...

Cara strategi perlawanan... Susun-atur pemain... Idea kreatif nak menghasilkan gol...
Skill pun boleh menarik minat aku juga nak tengok... Crouch dia tak letih dok maki2...
Semangat betul...



Red Devil memang sinonim dengan temanya... Kekuatan, Kepantasan, Kegarangan, Kebangkitan tapi
bukanlah Kekalahan, Kekecewaan, Kekalutan, Kejatuhan yang mereka cari...



Daripada Manager sampai la ke Player...
semua terbaik...



Aku tak kisah kalau kalah ka menang...
Janji semangat tu ada...


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Siapalah aku??


persoalan demi persoalan... setiap kaki melangkah... terlintas di fikiran akan diriku ini...
aku selalu mempersoalkan dengan soalan sebegini...
kenapa aku di lahirkan ke dunia ini? mengapa aku berada di era metropolitan?
aku pula merasa udara yang melintasi bulu-bulu roma aku...
terfikir lagi sejenak... walaupun ada, aku masih lagi belum melihat apa yang ada...
aku merasa kerdil dan tidak ada kuasa pon untuk semua itu...
pabila aku menghirup udara segar di sekelilingku...
teringat satu perkara...
jikalau udara dikenakan bayaran, alamatnya aku sudah berhutang yang sungguh banyak berbandingkan yang lain...
aku melihat keindahan di hadapanku dengan jelasnya...
betapa hebat-Nya Dia dengan setiap ciptaan-Nya walaupun aku hanya tertanya-tanya soal melihat...
aku pergi ke suatu tempat yang tenang sambil mendengar kicauan burung-burung yang sangat merdu...
setiap apa yang aku dengar memang tidak terlintas di fikiranku selama ini...
aku terasa bahang panas dek matahari semasa waktu tengah hari...
bagaimanalah nasib aku di padang Masyar nanti seada panas ka tidak...






terasa pula haus aku pabila letih berjalan...
terbayang macamana la kenikmatan air di Syurga yang dikatakan apabila minum tidak akan rasa puas...
aku melelap mataku dengan serta-merta bermimpi dalam keadaan gelap-gelita...
adakah aku bersedia dengan persoalan yang akan dipersoal oleh 2 Malaikat?
sebaik tersedar, aku masih lagi bernyawa...
aku masih lagi berpeluang untuk mencari bekalan sebanyak mungkin...
dosa jangan di cari, pahala jangan pula tercari-cari...

Cuti Sedia!!!

Apa la nk jd dgn aku nie?? 
Tiap2 mggu blik..
Dh mcm ank mnja...
Aku xfhm r...
Pntg dgr cuti...
Lesap trus...
Xkira la pg kew...
Tgh ari...
Xpon sggup blik tgh mlm...
Wlaupon aku taw...
Byk risiko smua tu...
Tekad dlm diri...
Semua xdk halangan bg aku..
Drpd pulang ke umah...
Menikmati santapan ala2 di raja...
Xpyh nk wak kluar wit...
Tu jew yg aku taw dlm...
Otak aku nie....

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

Baca.... Hafal.... Faham.... Terang.... 3 in one day



first... aku nk kna hadapi presentation esok.... ckp topik company... aku pulak jd last person...
next.... test enterpreneurship, nk bc aku xtaw
lastly.... test oral.... mmg sakit pala la nk mghafal bhsa mndarin.. dh la byk nk kna igt, apa2 aku rsa aku leh wat..

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

mcm2 dugaan

setelah beberapa ari ni aku mglami mcm2 jnis perkara xpernah aku duga slma ini,
sush nk mmbuat kputusan smada benar atau tidak,
itu bergantung pada diri aku sndri,



aku mimpi yg aku xpernah mimpi sblom nie dri kcil smpai skrg nie,
kjdian yg brlku jugk trjd atas dri aku,
mgkin ia cubaan atau ujian yg ptut aku tmpuhi??

ari nie, aku mnunggang motosikl mnju ke kampus aku,
time tu, khuysuk bwak, da seekor brung gagak langgar aku,
mmg mati trus ats jaln,
klu time corner pon sama,
aku tersa cm tyar blkg kempis xdk angin,
padahal tyr tu cekang g,
aku pon dh naik risau time tu,
cari kdai repair moto, jumpa tp....,
tutup, aku lg brtmbh hairan,
xpenah jadi sblom nie, semua pulak tu,
lg satu, aku sering skit dlm telinga,
buln lpas sblah kanan, skrg lak kiri.



aku nk ckp apa pon xleh,
sbar la apa yg terjd,
msti la da sbb kjdian trsbut,
aku msih mghrp agr smua brjln dgn baik,
itu yg harapkan...

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

Air Mata

Titisan yg mengalir ke pipi,
Bukanlah utk merintih,
Dan juga mminta simpati,
Sbb aku rsa sdih,
Dgn kburukan kau lakukan,
Knplah ia trjd kpd insan yg dlm keadaan suci,
Mgpakah diriku tidk pernh da seperti itu,
Ingin aku mnunjukmu yg mna bnar dan yg mna tidak,
Tetapi aku tidak setandingmu,
Memohon kpd Ilahi,
Supaya di lorongkn hidayah kpdmu,
Jgnlah kau msuk dgn perasaan yg begitu,
Aku hanyalah insan yg lemah.......


"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah paling berkesan."

Internet Rakanku



sekian lama aku menunggu utk melayarimu,
sungguh aku tak akan persia-siakan pabila bersamamu,
segalanya yang aku cari,
kau berikan apabila aku kegusaran meminta,
kadang-kadang kau memberikanku semangat daripada kesunyian,
aku tak kisah di mana kau berada,
asalkan aku dapat bertemu denganmu,
walau sesaat pon aku tetap ada di sisimu,
aku tahu yang kau tak pernah ada perasaan terhadapku ini,
apabila kau bersama yang lain,
hatiku tidak sedikit pon mencemburuimu,
bukan apa... kau banyak menghiburkan aku ini,
pengharapanku cuma secebis daripada kau berikan kepadaku,
masih aku terpish jua denganmu,
walaupn aku dan kau berbeza,
sedekat, sejauh, serapat atau tidak mengenali kau,
aku tetap mencarimu,
seandainya kau tiada di dunia ini,
siapalah aku!!!!

"Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Hari Terakhir Cuti Raya

hari berganti hari... masa tidak penah berhenti... waktu semakin singkat...
aku rsa hya sekejap dok kt umh nie... ry punya psal, aku tidak mmpersiakan cuti ryaku nie...
thun nie dlm sejarah, 5 hari dlm bulan Syawal.. aku tidk lekang dgn kluar brya kt umh org xkira la mmber2 aku, adik-bradik, jiran, xpon sesiapa sj yg aku nk ry la...



arini..
aku & kwn lma aku plan kluar g Alor Star, dlm aku dok pikir cm aku dgn dia ja tp dia kata da surprise...
aku nk tgok apa la surprise sgt tu, rupa2nya dia ajk mmber dia tp depa tu pompuan... aku dh mula rsa segan la nk g nie...
kami mula mengorak lgkh g Alor Star Mall, kwn lama aku yg carry aku nie... Mlaz aku nk bwak moto, nk jd anak Tan Sri... Smpai sna, kmi msuk ke dlm berjln-jln tgok kdai2 yg jual brg... Dari tgkat 1 ke tgkat 2, mmg pusing abiz satu bgunan... Time tu, duit aku bru da rm28 ja.. myak mto, mkn minum, shopping leh gk, wyg g... cukup ka smua tu??? tp aku wat keputusan nk ambk wit lg, aku trun cri mesin ATM...
Geledah satu bgunan xjumpa, last2 tya la sorg mak cik nie... aku punya hangat, mesin tu dok bwah eskeletor ja... berpeluh aku mencari...
Wyg aku msuk tgok Hantu Bonceng, aku sgt skit ati gk la ms tu... bukn pa, dpt seat depan skli, skit kpla nk langut... aku pon tido la time tu, hangus wit aku... sblom tu, kami p City Plaza, angan2 nk karok.. smpai sna jd lain lak, "Kita Hanya Merancang Tp Allah Tentukan"... bersiar-siar dulu, aku lapar gila r, perut bunyi mcm2 lagu... dh round abiz, ms mkn kt Court Food... time tu lak, mood aku kenyang trus... terpaksa mkn dgn muka xleh blah, 4 kali suap ja...
detik kul 5ptg, blik msuk jalan highway... aku pecut 120km/h la, xsgka aku tggai mmbr kwn aku tu... dh la depa tu silap msuk lorg p blah kangar, aku igt stg mgkin depa tu patah blik, dgr2 pancit lak tyar tu... aku dh la bru smpai Pendang, dh kna u-turn blik... ltih lol, emmmm.....

 "Barangsiapa mempertimbangan keselamatan dalam tindakannya, maka tenangkan batinnya."

Sambut Lebaran



First Raya
- 8.00pg = bersalam-salam dgn family... 
- 8.30pg = sembahyang sunat rya, thun nie xziarah kubur (sedih)...
- 10.30pg = ry umh mmbr2 aku..
- 1.45ptg = rehat, tido jap
- 3.00ptg = ry umh tok sblah pak aku kt Bidong..
- 4.00ptg = ry umh adik-brdik kt Dulang Besar dan Yan..
- 12.00pg = smpai umah..



Second Raya
- 10.00pg = bertolak 
- 11.45pg = ry d umh Cu Wan di Jitra
- 2.00ptg = ry d umh Mak Ngah di Kepala Batas
- 5.00ptg = ry d umh Pak Ndak di Alor Star
- 7.00ptg = p mnziarahi org sakit di Hospital Sultanah Bahiyah
- 10.15mlm = lepak mkn di Pendang
- 11.48mlm = sampai umah...



Third Raya
- 9.30pg = bersedia utk pergi
- 10.00pg = ry di umh Bob kt Sg. Siput
- 11.30pg = ry di umh Ayap kt Kubur Panjang
- 5.00ptg = blik umh leee...





Forth Raya
- 8.03pg = bgun n trus g mndi
- 10.58pg = research kt Perpustakaan Negeri Kedah kt Alor Star
- 12.56tgh = mkn kt KFC
- 1.47ptg = solat jumaat kt masjid area Alor Star
- 2.25ptg = jalan-jalan di City Plaza Alor Star
- 4.07ptg = smpai umh
- 4.20ptg = mmbr lma ry kt umh aku
- 6.18ptg = ronda2 kmpg (angan2 nk ry umh org)
- 9.00 mlm = ry kt umh Tikah 
- 10.15mlm = mkn kt Kedai Pasu Bunga
- 11.39mlm = msuk umh, on PC 


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~Albert Camus

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.