Download.. download.. download

Internet Download Manager

korang mesti nak download video ke movie dengan mudah kan.
korang boleh main curi download tanpa link-nya janji dalam bentuk video.
selalunya korang mesti yang dapat yang trial je setakat sebulan boleh guna.
lepas tu stress-stress tak boleh guna dah.
aku boleh kongsikan apa yang mampu aku boleh tolong korang selesaikan masalah korang tu.

IDM 

file download

link: http://adf.ly/Cgrht = IDM6.12


"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang by fi"


Spesel Delivery:

MAUT MEMANGGIL LAGENDA


Nama dey'all biasa didengar. Pengaruh dey'all sukar dibendung. Karya dey'all dikagumi ramai. Dey'all adalah lagenda dalam dunia hiburan. Namun dey'all ni semua meninggal pada usia muda & pada masa populariti dey'all berada di puncak. Walaupun dah tiada, karya dey'all masih hidup & diminati ramai seolah-olah dey'all masih hidup lagi. Apa yang membuatkan dey'all ni dianggap lagenda & kenapa dey'all meninggal pada usia muda?

ELVIS PRESLEY (42 Tahun)



Nama Penuh: Elvis Aaron Presley
Tempat Lahir: Mississippi, Amerika Syarikat
Tarikh: 8 Jan 1935 - 16 Ogos 1977

Sebab Kematian: Penyebab kematian rasmi ialah sakit jantung. Sebab lain yang menyumbang ialah Elvis menghidapi pengerasan arteri, penyakit jantung, diabetes & usus besar berlubang.



Sebab Dikenali: Merupakan Raja rock 'n' roll & simbol kepada remaja Amerika Syarikat. Elvis menyanyikan lagu mengenai cinta & kekecewaan & pendengar2 muziknya sentiasa merasakan yang Elvis menyanyikan lagu untuk mereka. Elvis merakamkan 140 album & jualannya melebihi 1 bilion unit. Selain itu, Elvis juga berlakon dalam 33 filem yang berjaya.

BOB MARLEY (36 Tahun)



Nama Penuh: Robert Nesta Marley
Tempat Lahir: Nine Miles, Jamaica
Tarikh: 2 Feb 1947 - 11 May 1981

Sebab Kematian: Pada tahun 1980, Bob Marley rebah kat tengah2 persembahan & dibawa ke hospital. Bob diberitahu yang kanser kulitnya (Melanoma) tidak boleh diubati. Bob Marley meninggal beberapa bulan kemudian.



Sebab Dikenali: Merupakan bapa & lagenda kepada muzik Reggae yang memperkenalkan muzik Jamaica ni keseluruh dunia & mempengaruhi generasi pemuzik rock, punk & pop. Bob Marley adalah simbol integrasi dalam industri muzik & jelmaan perpaduan & kebanggaan kepada rakyat Jamaica. Pada tahun 1978, Bob Marley performed dalam konsert "One Love Peace" didepan Perdana Menteri Jamaica & ketua pembangkang &^ menjemput mereka ke atas pentas. Pada hujung tahun tu, Bob Marley diberi 'Peace Medal of the Third World' dari PBB.

JOHN LENNON (40 TAHUN)



Nama Penuh: John Winston Lennon
Tempat Lahir: Liverpool, England
Tarikh: 9 Okt 1940 - 8 Dis 1980

Sebab Kematian: Ditembak 5 kali (bahu & belakang) oleh seorang lelaki yang sakit jiwa di luar Dakota Apartment, New York. John sampai di hospital Roosevelt 10 minit selepas ditembak. Tapi, disebabkan pendarahan yang teruk, John meninggal sebaik sampai.



Sebab Dikenali: Dikenali dengan hasil artistiknya. John merupakan vokalis & frontman kepada band Beatles & dikenali kerana banyak menulis lirik & lagu untuk lagu band tersebut. Antara lagu yang top sampai sekarang ialah 'How Do You Sleep?' yang dicipta untuk mengutuk Paul McCartney. John juga dikenali sebagai pejuang keamanan @ kebebasan. Antara kempen yang dijalankan John ialah John ialah kempen 'Bed-in' & 'Acorns For Peace'.

MARILYN MONROE (36 TAHUN)



Nama Penuh: Norma Jeane Mortenson
Tempat Lahir: Los Angeles, Amerika Syarikat
Tarikh: 1 Jun 1926 - 5 Ogos 1962

Sebab Kematian: Sehingga hari ni, tak pasti apakah sebab kematian Marilyn Monroe. Ada yang mengatakan ia berkaitan ngan hubungan sulitnya dengan John F. Kennedy. Teori yang lain pulak ialah bunuh diri. Beberapa tahun selepas kematian Marilyn, saintis mengatakan mungkin meninggal disebabkan penggunaan 2 jenis dadah pada masa yang sama (overdose).



Sebab Dikenali: Selepas berlakon dalam filem 'Don't Bother to Knock', nama Marilyn Monroe semakin terkenal sebagai pelakon. Scene ter-famous Marilyn ialah scene skirt-nya ditiup angin dalam filem 'The Seven Year Itch'. Wajah Marilyn yang lawa & penampilan yang seksi melonjakkan lagi namanya. Marilyn juga dikenali disebabkan hubungan sulitnya ngan John & Robert F. Kennedy.

JIMI HENDRIX (28 TAHUN)



Nama Penuh: Johnny Allen Hendrix
Tempat Lahir: Washington, Amerika Syarikat
Tarikh: 27 Nov 1942 - 18 Sept 1970

Sebab Kematian: Pada malam 17 September 1970, Jimi Hendrix memkan ubat tidur berlebihan menyebabkannya sesak nafas & muntah-muntah. Keesokannya, Jimi dibawa ke hospital tapi dah terlewat coz' Jimi dah meninggal disebabkan kesesakan nafas.



Sebab Dikenali: Dikenali disebabkan petikan gitar elektriknya yang unik. Jimi Hendrix juga dianggap sebagai seorang yang paling berpengaruh disebabkan visinya tentang teknik bermain gitar elektrik. Kehidupan & muzik Jimi Hendrix menjadi inspirasi kebanyakan band-band rock & metal yang wujud selepasnya.

coming soon...

"Yang patah hilang berganti"

Ehweet! Sweet...

Aku nak kongsi apa yang aku baca untuk sandaran kawan-kawan aku di luar sana.
Tajuk dia... Jeng jeng jeng....~

Hello...



Perempuan suka shopping, lelaki tak suka. Perempuan suka gayut di telefon, lelaki tak suka. Jadi macam mana nak jayakan sesuatu hubungan jika anda tidak rela berlama-lama atau menguasai teknik yang betul ketika berbual dalam telefon? Jangan bimbang jalan penyelesaian tetap ada jika anda mahu mencuba..



1. PASTIKAN ADA TOPIK UNTUK DIBUALKAN
-Jika anda yang membuat panggilan, tentulah anda tidak mahu itu sekadar panggilan kosong. Lebih baik anda bersedia untuk mengikat si dia di corong telefon dengan topik-topik menarik yang sudah bermain di fikiran. Pastikan ianya sesuatu yang suka didengar si dia dan boleh menarik minatnya.

2. BERSIKAP TERBUKA SEMASA BERBICARA
-Ada lelaki tidak sanggup bercerita hal peribadi di telefon. Maklumlah, tak nampak muka tapi ini tidak bermakna yang anda perlu menyembunyikan segala-galanya. Adalah lebih baik jika anda sedia berkongsi sedikit sebanyak tentang diri sendiri dengan si dia untuk memberikan impak positif kepadanya.



3. LAKUKAN KERJA LAIN SEMASA BERCAKAP
-Orang lelaki takut bercakap di telefon kerana ada yang bimbang mereka tidak akan dapat mengerjakan pekerjaan lain. Tapi dalam zaman moden ni, dengan telefon tanpa kod, handphone dan sebagainya, tiada alasan kenapa anda tidak boleh membuat pelbagai kerja dalam satu masa.

4. TUMPUKAN PADA PERCAKAPAN
-Jika ada yang takut tidak dapat melakukan macam-macam kerja pada satu-satu masa, maka anda adalah oranglnya perlu menumpukan perhatian pada perhatian pada perbualan di telefon. Seeloknya beri perhatian kepada apa yang sedang diperkatakan oleh si dia.



5. KUASAI PERBUALAN ITU
-Wanita sangat mudah meluahkan perasaan melalui telefon dan sampai satu tahap lelaki mungkin belum bersedia menerimanya. Untuk mengelak ini terjadi, anda perlu menguasai perbualan itu yang bermakna anda berada di pihak yang bertanya soalan.

6. TANYAKAN SOALAN YANG BERKEMBANG
-Jangan biarkan diri anda terbantut dengan jawapan ringkas si dia. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk bertanya soalan-soalan yang lebih terbuka terutamanya tentang minat, aktiviti atau kegemaran si dia. Mungkin dia sanggup menerangkan panjang lebar untuk anda.



7. JADIKAN DIA SENTIASA MENANTI
-Pastikan anda bijak semasa menceritakan perihal diri sendiri. Maksudnya, biarkan si dia tertanya-tanya tentang diri anda dan sentiasa ingin tahu sesuatu yang baru mengenai anda. Peranan anda di sinni amat penting, jangan sampai anda belum bercerita apa-apa tapi si dia mulai jemu untuk berbual dengan anda.

8. HENTIKAN SECARA YANG TERBAIK
-Cuba hentikan atau akhiri panggilan tersebut dengan cara paling baik. Ambil beberapa minit untuk melakukannya dengan berterima kasih kepadanya kerana sudi berbual dengan anda. Nyatakan keinginan untuk berbual dengannya lagi lain kali.


"Walaupun jauh tetapi dekat di sisi"

Renungan Bersama

nota terakhir ini...



10 wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. Hak Kepada Kubur
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang zalimi.

4. Hak Kepada Munkar dan Nakir
Iaitu: Tidak berdusta, bercakap benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak Kepada Mizan (neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak Kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak Kepada Malik (malaikat penjaga neraka)
Iaitu: Menangis lantaran takut Allah s.w.t, membuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta bersembunyi dan memperelok akhlak.

8. Hak Kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga)
Iaitu: Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

9. Hak Kepada Nabi s.a.w
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. Hak Kepada Allah s.w.t
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


"SABAR itu iman, DUIT bukan kawan, DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman.."



Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.