Lari... Lari

Apa motif semua ini?
kenapa perlu lari?

Persoalan tu tak membawa kepada korang pon,
sebab aku nak share-share tentang variety show kali nie.

Running Man 
Slogan : Don't Walk, Run!
Starring : 

Commander. Tiger. Sparta-kooks. Kookie. Coach Kook
(Kim Jong-Kook)


Grasshopper. Yooruce Willis.Yoo-hyuk. Yoo-imes Bond
(Yoo Jae-Suk)

 Ace. Song Ji-yok. Monday Girlfriend. Blank Ji-Hyo. Bad Ji-Hyo
(Song Ji-Hyo)

Peaceful Gary. Gae-calos Cage. Monday Boyfriend. Straight-Going Gary. Gary-sswi
 (Kang Gary)
Haroro. Ha-rad Pitt. Penguin. Playboy
(Ha-ha)

Big Nose Older Brother. Sunflower. Impala. Race Starter
(Ji Suk-jin)

Framer Kwang-Su. Kwang-vatar. Kwang-potter. Giraffe. Icon of Betrayal
(Lee Kwang-su)
Former Cast
Flower Joong-ki. Brain Joong-ki. Active Young Man
(Song Joong-ki)

Busan Girl
(Lizzy)
Originally run --> 11 July 2011 - Present 

Memang game show nie gelak tak kering gusi, terbaik dari Korea.
Sekali tengok , berkali-kali nak tengok.

Scene:
 












Babak tanpa skrip. Lakonan main belasah ja. Misi yang perlu diselesaikan. Pemenang sahaja bolot semua hadiah lumayan. Balas dendam dan macam-macam lagi. Nak tahu? Tengok sendiri.

Nie link kalau nak curi-curi tengok.. http://www.kshownow.net

Wallpaper Saja-saja




 Masihkah kau ingat~


Crow Zero

Inilah Movie yg first memberi impak besar dalam diri aku,
sebab apa? sebab aku suka lakonan dari negara matahari terbit
daripada negara aku sendiri.

ni pon pengaruh kawan sebilik aku sendiri,
mula-mula tengok camtu ja, last-last aku yang lebih.
dari satu-satu aku teroka tapi buat kali pertama aku kongsi
cerita ini dulu.

Let's go!!!



Sinopsis cerita ni : Sorang mamat (Genji nama dia) nie nak jadi ketua gengster dalam sekolah yang diberi nama Suzuran, kira dialah paling kuat  takda sapa-sapa yang kuat daripada dia nie haa. Klu dia nak jadi ketua tu kenalah kalahkan kuncu-kuncu gengster dulu barulah taiko sekolah (Serizawa lah) pulak dia balun.
   
Sinopsis cerita ni : Yang ni pulak, antara dua sekolah yg berpengaruh besar pasal gengster2. "ibarat kucing dengan anjing", nak tengok betis sapa besar. Suzuran (Genji) vs Hosen (Taiga), disebabkan isu sebesar kuman aja dah jadi sebesar gajah afrika. Apa kesudahan cerita ni? Tengok sendiri.  





Scene Crow Zero II

link download-download...

http://www.dramadownload.net/japanese-movies/crows-zero.html
http://www.kjdrama.net/2012/09/crows-zero-2-j-movie-download-bluray.html

Titik peluh menjadi kepuasan~



GOM Player

hari ini aku nak share korang player yang ringan dan cepat untuk mainkan video @ lagu pelbagai jenis tak kisah lah mp4, mpg, flv dan belambak lagi.

GoM nie pon tak asing lagi dalam komputer atau laptop aku sebab entah la camna aku suka sangat nak gunakan player nie.



copy link klu nak sangat..
http://player.gomlab.com/eng/download/

Yang Asal Punya~





Dalam Desktop aku~

GoM jugak boleh tukar-tukar skin, logo, theme klu korang nak lah. macam dengan Windows Media Player ataupun Winamp... Pandai-pandailah korang nak buat tu.. 

Syukur sudah memadai..

Download.. download.. download

Internet Download Manager

korang mesti nak download video ke movie dengan mudah kan.
korang boleh main curi download tanpa link-nya janji dalam bentuk video.
selalunya korang mesti yang dapat yang trial je setakat sebulan boleh guna.
lepas tu stress-stress tak boleh guna dah.
aku boleh kongsikan apa yang mampu aku boleh tolong korang selesaikan masalah korang tu.

IDM 

file download

link: http://adf.ly/Cgrht = IDM6.12


"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang by fi"


Spesel Delivery:

MAUT MEMANGGIL LAGENDA


Nama dey'all biasa didengar. Pengaruh dey'all sukar dibendung. Karya dey'all dikagumi ramai. Dey'all adalah lagenda dalam dunia hiburan. Namun dey'all ni semua meninggal pada usia muda & pada masa populariti dey'all berada di puncak. Walaupun dah tiada, karya dey'all masih hidup & diminati ramai seolah-olah dey'all masih hidup lagi. Apa yang membuatkan dey'all ni dianggap lagenda & kenapa dey'all meninggal pada usia muda?

ELVIS PRESLEY (42 Tahun)



Nama Penuh: Elvis Aaron Presley
Tempat Lahir: Mississippi, Amerika Syarikat
Tarikh: 8 Jan 1935 - 16 Ogos 1977

Sebab Kematian: Penyebab kematian rasmi ialah sakit jantung. Sebab lain yang menyumbang ialah Elvis menghidapi pengerasan arteri, penyakit jantung, diabetes & usus besar berlubang.



Sebab Dikenali: Merupakan Raja rock 'n' roll & simbol kepada remaja Amerika Syarikat. Elvis menyanyikan lagu mengenai cinta & kekecewaan & pendengar2 muziknya sentiasa merasakan yang Elvis menyanyikan lagu untuk mereka. Elvis merakamkan 140 album & jualannya melebihi 1 bilion unit. Selain itu, Elvis juga berlakon dalam 33 filem yang berjaya.

BOB MARLEY (36 Tahun)



Nama Penuh: Robert Nesta Marley
Tempat Lahir: Nine Miles, Jamaica
Tarikh: 2 Feb 1947 - 11 May 1981

Sebab Kematian: Pada tahun 1980, Bob Marley rebah kat tengah2 persembahan & dibawa ke hospital. Bob diberitahu yang kanser kulitnya (Melanoma) tidak boleh diubati. Bob Marley meninggal beberapa bulan kemudian.



Sebab Dikenali: Merupakan bapa & lagenda kepada muzik Reggae yang memperkenalkan muzik Jamaica ni keseluruh dunia & mempengaruhi generasi pemuzik rock, punk & pop. Bob Marley adalah simbol integrasi dalam industri muzik & jelmaan perpaduan & kebanggaan kepada rakyat Jamaica. Pada tahun 1978, Bob Marley performed dalam konsert "One Love Peace" didepan Perdana Menteri Jamaica & ketua pembangkang &^ menjemput mereka ke atas pentas. Pada hujung tahun tu, Bob Marley diberi 'Peace Medal of the Third World' dari PBB.

JOHN LENNON (40 TAHUN)



Nama Penuh: John Winston Lennon
Tempat Lahir: Liverpool, England
Tarikh: 9 Okt 1940 - 8 Dis 1980

Sebab Kematian: Ditembak 5 kali (bahu & belakang) oleh seorang lelaki yang sakit jiwa di luar Dakota Apartment, New York. John sampai di hospital Roosevelt 10 minit selepas ditembak. Tapi, disebabkan pendarahan yang teruk, John meninggal sebaik sampai.



Sebab Dikenali: Dikenali dengan hasil artistiknya. John merupakan vokalis & frontman kepada band Beatles & dikenali kerana banyak menulis lirik & lagu untuk lagu band tersebut. Antara lagu yang top sampai sekarang ialah 'How Do You Sleep?' yang dicipta untuk mengutuk Paul McCartney. John juga dikenali sebagai pejuang keamanan @ kebebasan. Antara kempen yang dijalankan John ialah John ialah kempen 'Bed-in' & 'Acorns For Peace'.

MARILYN MONROE (36 TAHUN)



Nama Penuh: Norma Jeane Mortenson
Tempat Lahir: Los Angeles, Amerika Syarikat
Tarikh: 1 Jun 1926 - 5 Ogos 1962

Sebab Kematian: Sehingga hari ni, tak pasti apakah sebab kematian Marilyn Monroe. Ada yang mengatakan ia berkaitan ngan hubungan sulitnya dengan John F. Kennedy. Teori yang lain pulak ialah bunuh diri. Beberapa tahun selepas kematian Marilyn, saintis mengatakan mungkin meninggal disebabkan penggunaan 2 jenis dadah pada masa yang sama (overdose).



Sebab Dikenali: Selepas berlakon dalam filem 'Don't Bother to Knock', nama Marilyn Monroe semakin terkenal sebagai pelakon. Scene ter-famous Marilyn ialah scene skirt-nya ditiup angin dalam filem 'The Seven Year Itch'. Wajah Marilyn yang lawa & penampilan yang seksi melonjakkan lagi namanya. Marilyn juga dikenali disebabkan hubungan sulitnya ngan John & Robert F. Kennedy.

JIMI HENDRIX (28 TAHUN)



Nama Penuh: Johnny Allen Hendrix
Tempat Lahir: Washington, Amerika Syarikat
Tarikh: 27 Nov 1942 - 18 Sept 1970

Sebab Kematian: Pada malam 17 September 1970, Jimi Hendrix memkan ubat tidur berlebihan menyebabkannya sesak nafas & muntah-muntah. Keesokannya, Jimi dibawa ke hospital tapi dah terlewat coz' Jimi dah meninggal disebabkan kesesakan nafas.



Sebab Dikenali: Dikenali disebabkan petikan gitar elektriknya yang unik. Jimi Hendrix juga dianggap sebagai seorang yang paling berpengaruh disebabkan visinya tentang teknik bermain gitar elektrik. Kehidupan & muzik Jimi Hendrix menjadi inspirasi kebanyakan band-band rock & metal yang wujud selepasnya.

coming soon...

"Yang patah hilang berganti"

Ehweet! Sweet...

Aku nak kongsi apa yang aku baca untuk sandaran kawan-kawan aku di luar sana.
Tajuk dia... Jeng jeng jeng....~

Hello...



Perempuan suka shopping, lelaki tak suka. Perempuan suka gayut di telefon, lelaki tak suka. Jadi macam mana nak jayakan sesuatu hubungan jika anda tidak rela berlama-lama atau menguasai teknik yang betul ketika berbual dalam telefon? Jangan bimbang jalan penyelesaian tetap ada jika anda mahu mencuba..



1. PASTIKAN ADA TOPIK UNTUK DIBUALKAN
-Jika anda yang membuat panggilan, tentulah anda tidak mahu itu sekadar panggilan kosong. Lebih baik anda bersedia untuk mengikat si dia di corong telefon dengan topik-topik menarik yang sudah bermain di fikiran. Pastikan ianya sesuatu yang suka didengar si dia dan boleh menarik minatnya.

2. BERSIKAP TERBUKA SEMASA BERBICARA
-Ada lelaki tidak sanggup bercerita hal peribadi di telefon. Maklumlah, tak nampak muka tapi ini tidak bermakna yang anda perlu menyembunyikan segala-galanya. Adalah lebih baik jika anda sedia berkongsi sedikit sebanyak tentang diri sendiri dengan si dia untuk memberikan impak positif kepadanya.



3. LAKUKAN KERJA LAIN SEMASA BERCAKAP
-Orang lelaki takut bercakap di telefon kerana ada yang bimbang mereka tidak akan dapat mengerjakan pekerjaan lain. Tapi dalam zaman moden ni, dengan telefon tanpa kod, handphone dan sebagainya, tiada alasan kenapa anda tidak boleh membuat pelbagai kerja dalam satu masa.

4. TUMPUKAN PADA PERCAKAPAN
-Jika ada yang takut tidak dapat melakukan macam-macam kerja pada satu-satu masa, maka anda adalah oranglnya perlu menumpukan perhatian pada perhatian pada perbualan di telefon. Seeloknya beri perhatian kepada apa yang sedang diperkatakan oleh si dia.



5. KUASAI PERBUALAN ITU
-Wanita sangat mudah meluahkan perasaan melalui telefon dan sampai satu tahap lelaki mungkin belum bersedia menerimanya. Untuk mengelak ini terjadi, anda perlu menguasai perbualan itu yang bermakna anda berada di pihak yang bertanya soalan.

6. TANYAKAN SOALAN YANG BERKEMBANG
-Jangan biarkan diri anda terbantut dengan jawapan ringkas si dia. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk bertanya soalan-soalan yang lebih terbuka terutamanya tentang minat, aktiviti atau kegemaran si dia. Mungkin dia sanggup menerangkan panjang lebar untuk anda.



7. JADIKAN DIA SENTIASA MENANTI
-Pastikan anda bijak semasa menceritakan perihal diri sendiri. Maksudnya, biarkan si dia tertanya-tanya tentang diri anda dan sentiasa ingin tahu sesuatu yang baru mengenai anda. Peranan anda di sinni amat penting, jangan sampai anda belum bercerita apa-apa tapi si dia mulai jemu untuk berbual dengan anda.

8. HENTIKAN SECARA YANG TERBAIK
-Cuba hentikan atau akhiri panggilan tersebut dengan cara paling baik. Ambil beberapa minit untuk melakukannya dengan berterima kasih kepadanya kerana sudi berbual dengan anda. Nyatakan keinginan untuk berbual dengannya lagi lain kali.


"Walaupun jauh tetapi dekat di sisi"

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.