Sepasang mataku tidak jemu memandang,
Sepasang insan bertemu,
Walaupun hati mahu,
Aku biarkan ia berlalu.
Mengira detik masa,
Biasalah orang bujang,
Kalau nak cari bukan mudah,
"Perigi cari timba".
Ketawa hati kecilku,
Nak luahkan tapi pendam,
Siapa aku harapkan,
Tunggulah! masanya belum tiba.
Azam selama ini kuat,
Lama-kelamaan sudah pudar,
Entah kenapa ia berlaku,
Mungkin aku sudah sedia.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.