aku mengorak langkah tanpa hala tuju,
sedangkan di hadapan ku jalan keluar,
mataku gelap ditutupi igauan senja,
lalu arah ku berpaling arah.
kini...
fikiranku membuta subuh hari,
buaian kasih bak penghawa nada,
alunan mengasikkan jiwa bercelaru,
telah mengabdikan diri sang mimpi.
kini...
mencari sinar di segenap penjuru,
mengampai tangan walaupun penyambutnya tiada,
perasaan endah sukar dihalang,
takut dipijak mengundur diri.
kini...
sekian lama aku menerpa,
sampai baharu tak kunjung tiba,
biar emas diambil orang,
sehingga mengemis di bahu sendiri.
alangkah baiknya hidupku seperti sang cendewasih,
memuji Dia tanpa ada bebanan,
biar dimamah bumi begitu sahaja,
kini aku hanya hamba yang tidak hilang dari seksaan-Nya.
-nukilan-
~mata mana yang tak melihat melainkan sebaliknya~