Sering kali tanggal 1 April, macam-macam kita nak prank member-member kita , janji nak menggembirakan hati sudah tapi dilarang sekali oleh ISLAM. mungkin sesetengah kita tak tahu menahu hal ini. why?
ini disebabnya:~
Pada setiap tanggal 1 April, ada
sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut
dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan.
April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April.
Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari
sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang
memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin
kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year,
April Mop, Halloween: So What?”
(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan
itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat
menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod
sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.
Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah
Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad,
Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur.
Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan
pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan
dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon,
Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam
masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah
Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam
begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang
kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan
hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan
secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga
bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak
minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh
Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa
kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun
mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu
tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan
umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk
menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus
melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan
budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara
percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk
kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca
Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah
untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol.
Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan
oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal
peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga
rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya
dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah
terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut
orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang
bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui
bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para
Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan
berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan
mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah
kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika
ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan
jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang
Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah
dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang
sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan
Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap
untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari
rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya
beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak
mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di
rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di
pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah
ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa
ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama
orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut
ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan
mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat
tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama
sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para
perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera
mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera
membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis
dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang
awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam.
Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi
merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April.
Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal
1 April sebagai “
The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat
menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan
dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah
sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan
tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang
Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun
orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan
saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak layak merayakan “
The April Fool Day” kerana
kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat
Islam di Sepanyol pada
1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan
di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan
April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”
Ia menjelaskan, perayaan
April Fool itu didasarkan atas peristiwa
penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol
yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487
Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara,
Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan
Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota
pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika
meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada.
Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam
menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa
sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang
tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai
dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada
1
April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “
The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “
The April Fool Day” itu
dipopulerkan dengan “
ritual” yang mempersendakan, menipu dan
memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.
Sumber: http://www.eramuslim.com
"Setiap orang mesti ada sejarahnya"