Seloka Si Rempit


Tatkala heboh mula diperkata,
Entah bagaimana mendapat nama,
Atas jalan kononnya juara,
Tersungkur jua mula merana.

Bagai sungguh digelar rempit,
Sekali pecut bagai pelesit,
Kerana fikiran dah mula sempit,
Kalau difikir cari penyakit.

Alasan diberi nak tunjuk jantan,
Padan dengan betina berkenan,
Aksi lagak di atas jalan,
Mengalahkan beruk kena belacan.




Bertambah hebat satu tayar,
Boleh berbaring masuk gear,
Adat bertaruh kena bayar,
Habuan dikejar awek dipugar.

Jumpa selekoh ditunggang baring,
Saja nak uji spring,
Ekzos ada tak cukup bising,
Teguran diberi tak ambil pusing.




Tayar depan biasa di angkat,
Yang belakang pun boleh buat,
Apabila polis adakan sekat,
Mula buat muka nak taubat.

Darah muda dikata gelora,
Sahut cabaran tak kena gaya,
Di jalan raya hilanglah nyawa,
Sesal kemudian sudah tak guna.

Jalan raya bukan tempat lumba,
Apatah lagi menunjuk gaya,
Walaupun aksi sungguh pesona,
Tapi sayang salah tempatnya.




Hargai keselamatan orang lain,
Nyawa bukan dibuat main,
Undang-undang tidak prihatin,
Akhirnya tubuh yang dibalut kain.

Gelagat terlibat ambil iktibar,
Daripada terusan menjadi tegar,
Ingatkan pesan walau sebentar,
Kelakuan yang buruk  harus diselar.


Fenomena Petir



Secara saintifik, petir terjadi akibat daripada pergerakan dinamik cas positif dan negatif yang wujud di dalam awan (terutama awan kumulusnimbus yang tepu dengan titisan air).

  Cas ini pula terhasil apabila dua gempulan awan bergerak dan bergeser antara satu sama lain. Sama seperti kain halus yang digeser pada kulit, ia akhirnya boleh menghasilkan cas positif dan negatif (yang boleh menarik butiran keras kecil - seperti kuasa magnet).



  Petir menyambar dari atas ke bawah. Ia umpama percikan arus elektrik yang sangat kuat dan selalunya dikaitkan dengan kewujudan cas. Justeru, ia akan cuba menyambar titik-titik tertentu di muka bumi yang mempunyai cas tentangan.

Jenis-jenis Petir

a. 'In-Cloud Lightning' - Jenis yang paling biasa. Ia bergerak antara pusat cas positif dan negatif ketika ribut petir.


b. 'Cloud-to-Ground Lightning' - Kilat yang datang dari awan yang mengalami ribut petir ke tanah.


c. 'Cloud-to-Cloud Lightning' - Kejadian yang jarang berlaku. Ia petir yang bergerak dari satu awan ke awan yang lain.


d. 'Sheet Lightning' - Petir di dalam awan yang memberi seakan cahaya ke awan.


e. 'Ribbon Lightning' - Ia terjadi bila percikan 'cloud-to-ground' bertiup secara sehala disebabkan angin menjadikan ia kelihatan seperti dua pancaran kilat (bolt) yang sama.


f. 'Bead Lightning' - Dikenali juga sebagai "chain lightning", kerana pancaran kilat petir terpecah kepada fragmen disebabkan kecerahan yang berubah-ubah atau disebabkan sebahagian bolt itu ditutup awan.


g. 'Ball Lightning' - Jarang dapat dilihat, ia terjadi dalam bola bersaiz buah anggur dan bertahan untuk beberapa saat.

OTAK TERBAKAR...

Teka-teki Uji Minda:



Keperluan: Keterangan yg diberi.
Objektif: Mencari jawapan daripada teka-teki yg diberi.
Teka-teki: Korang baca betul-betul teka-teki kat bawah ni. Dalam masa tak lebih daripada 10 minit, dapatkah korang dapat meneka apa jawapannya?



Kad jemputan hari jadi seorang pelajar yang bakal dilangsungkan pada 31 April telah diberi kepada 30 orang kawannya. Tetapi malangnya tak ada sape yang hadir. Kenapa agaknya?

Texts

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

About Me

My Photo
xAno5
Stalker my Blogger
View my complete profile

Blogger Tricks

Recent Posts

Widget by:Software Don

Copyright © 2012 BreakCode SentralTemplate by : Urangkurai Free Couons Powered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.